Khamis, 7 Julai 2011

Angry Bird Mengila

Angry Bird Mengila
Angry Bird Mengila

Sekarang kalau pergi mana mesti kita perasan manusia yang tengah khusyuk main game Angry Bird ni. Tak kire la di laptop.. hanphone.. atau pun yg terbaru ni ipad.

Kalau kawan-kawan sedang syok bersembang pasal game ni dan kita pulak terpingga-pingga tak tahu apa yg dorang sembangkan ini bermakna anda seorang yang sudah ketinggalan zaman(boleh ke cakap macam tu?).

Aku memula dulu pun macam tu jugak tak tahu langsung pasal Angry Bird ni.. maklum la dah lama tinggalkan zaman-zaman game ni.Kalau dulu memang aku hantu game.. sapa tak pernah kan? tapi sekarang kalau cerite pasal game ke Playstation3 ke Xbox ke psp ke memang aku buta kayu.

Angry Bird
Oleh kerana ke hangatan game Angry Bird ni aku pun try la search kat google game apa la yang dorang ni syok sangat main sampai tak ingat donia. OK bile dah dapat info lebih kurang aku game ni masih belum dapat menawan kalbu ku ini untuk terus bermain.. aku tinggalkan macam tu je.


Sampai la satu hari aku dengan kawan-kawan tengah lepak kedai mamak dan salah seorang dari kawan aku ni ada bawak ipad2. Dengan muka tak malu aku godeh-godeh la bende tu.. ye la bende mahal nak beli tak mampu jadi dah ada depan mata ni try la belek-belek sikit nak tengok canggih mana ipad 2 ni.

Angry Bird

Masa tengah mengodeh ipad tu la aku terjumpa Game Angry Bird ni, dengan hati yang penuh rasa ingin ketahuan aku pun klik la icon Angry Bird ni.Dan secara rasmi hari tu baru la aku tahu kenapa orang dok sibuk bercakap game yang aku boleh ketegorikan "berhantu" ni.
Fist impression aku bila aku start tengok game ni biasa-biasa je.. aku pelik apa yang best sangat game ni. Terasa macam main Pinball pun ada.. bile start je game tu yang aku nampak batu bata lepas tu screen bergerak ke arah burung-burung biru ni and aku perasan ada sebatang kayu lestik ( betul ke aku eja tu?).Apa bende aku kene buat ni?! Maaf memang aku skip bab guide dia tu.. gua pro gamers ma... mana ada ikut guide2 dia ni terus main je.. hahahha..
First stage kacang.. second mudah.. third senang.. forth aku mula senyum.. fifth stage aku dah start geram.. panas gak kene gelak lembu pendek ni score pun jadi kurang.Aku mula revange lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.. daaaa.. aku sudah addict hahahahaha...

Angry Bird
Apa yang pasti game ni buat korang geram untuk menumbangkan batu-bata untuk menghempam lembu pendek yang ada di sebalik batu ni.. dan cara korang menyelesaikanyer akan buat game ni menarik minat korang dengan lebih lagi.. game yang simple untuk dimain tapi bila start main memang tak hingat donia...
Itu le serbe sedikit pengalaman aku dengan Angry Bird ni.. jadi sampai sini dan aku tinggalkan korang dengan video promotion Angry Bird.. bayangkan kalau dapat main macam ni mesti lagi best hehehehe..




Selasa, 5 Julai 2011

Nur Fathia Gadis Manis

Assalamualaikum..
Aku pernah buat satu posting mengenai seorang artis ni yang mana aku dah terkeliru dan tersilap mengenai artis tersebut.Korang-korang yang pernah baca mungkin tahu tapi pada yang terlepas belum baca lagi korang boleh klik link ni Siti Saleha Mohd Baharum.

Aku nak ucapkan pada pembaca mahupun blogger lain yang sangat-sangat mengambil berat serta menyedarkan aku dari kesilapan mahupun kekeliruan aku.. amat-amat la aku hargai.
Jadi hari ni aku nak perbetulkan balik silap aku. Entah macam mana aku boleh silap dengan dua orang awek ni sorang Nur Fathia dan Siti Saleha Mohd Baharum.

Nur Fathia Gadis Manis
Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Cita-cita: Seniwati yang dihormati dan peguam
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
Drama dan telefilem: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic


OK yang ini baru la betul awek yang rembat bola dalam iklan dan pelakon dari drama Nur Kasih tu..

Dan setelah aku search lebih kurang pasal dia ni baru la aku tahu yang dia ni rupernyer anak saudara kepada salah seorang pengacara TV9, Fara Deeba yang mana si Nur Fathia ni dah berkecimpung dalam dunia seni ni sejak umur 19 tahun lagi. Time tu dia lebih kepada iklan-iklan di tv. Kalau tak silap aku la masa dia di temuramah dalam rancangan Jangan Tidur Lagi dia ada cakap sedang dalam perancangan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Undang-undang (LLB) untuk 2 tahun..


Yang aku perasan dia ni selalu keluar dalam drama-drama mendapat watak gadis yang berhijab. Memang aku tak nafikan Nur Fathia ni memang bertambah manis kalau bertudung malah mana-mana awek pun dalam dunia akan bertambah manis jika bertudung. Terbaru kalau tak silap aku drama dibintangi Nur Fathia yang sedang ditayangkan sekarang ni ialah Stanza Cinta memegang watak sebagai Amni Sorfina dan berganding dengan hero yang tenggah meletop sekarang ni iaitu Aaron aziz. Sapa-sapa yang minat dua orang ni jangan lepaskan menonton rancangan Stanza Cinta di TV3 jam 9 malam setiap ahad

Sabtu, 2 Julai 2011

Maksud sebenar jenama kereta

Apa korang tahu maksud sebenar disebalik nama-nama kereta yang ada diseluruh dunia sekarang ni?Kita mesti biasa dengar dengan nama BMW,FIAT,VOLVO tapi adakah korang tahu maksud sebenarnya?? OK hari ni aku akan dedahkan satu persatu khas untuk korang semua..



BMW : Bring Me Women
Maksud sebenar jenama kereta

LEXUS : Luxury EXports to United States
Maksud sebenar jenama kereta

FIAT : Failure in Italian Automotive Technology
Maksud sebenar jenama kereta

HYUNDAI : Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive
Maksud sebenar jenama kereta
KIA : Kills In Accident
Maksud sebenar jenama kereta

VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object
Maksud sebenar jenama kereta
TOYOTA : The One You Only Trust, Always
Maksud sebenar jenama kereta
HONDA : Hold On, Not Done Accelerating
Maksud sebenar jenama kereta
OPEL : Old People Enjoy Life
Maksud sebenar jenama kereta
PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Have Everyting
Maksud sebenar jenama kereta
FORD : For Only Romantic Drivers
Maksud sebenar jenama kereta
PROTON : Powerwindow Rosak? Oohh Tidakk... Ooh Nooo..!!!
Maksud sebenar jenama kereta

Jumaat, 1 Julai 2011

Transformers 3 : Dark of the moon


Semalam dapat jugak aku peluang untuk menonton movie yang dah lama aku tunggu.. Transformers 3 : Dark of the moon

bawah ni sikit preview untuk korang..

Transformers 3


Transformers 3
Selepas aku tengok movie ni terus terang aku cakap ada sedikit perasaan kecewa dalam diri ni disebabkan jalan cerita yang kurang menyegat.Pada awalnya aku berharap character yang sedia ada seperti dalam kartun akan muncul dalam TF3 ni seperti Hot Rod, Ultra Magnus atau pun Galvatron tapi hampa tak ada satu pun ada muncul malah di munculkan watak watak baru yang langsung tak pernah muncul dalam siri kartun tersebut.


Transformers 3

Yup aku memang peminat kartun TF ni waktu kecik dulu dan memang biasa dengan watak-watak kartun TF ni.


Transformers 3

Filem ke-3 TRANSFORMERS ni berdurasi 2 jam 30 minit yang terdiri dari satu setengah jam pertama ,untuk membangun plot dengan selingan action, dan dalam satu jam terakhir...mula laa perang mahadahsyat di kota Chicago. Pada awal permulaan filem ni cuba memaparkan kembali peristiwa pendaratan apollo 13 ke bulan sebenarnya bertujuan untuk mengkaji sebuah kapal autobot yang terdampar dibulan.

Micheal Bay sendiri dalam kenyataan beliau bahawa untuk filem TRANSFORMERS 3 ini bukan jalan cerite yang cuba ditekan tetapi teknologi 3D tu sebenarnya yang ingin beliau buktikan.. malah spielberg sendiri tabik dengan Micheal Bay.. ye la sapa lagi nak puji kalau bukan kroni sendirikan.. hehehhe.. boleh baca lanjut kat sini mengenai tu http://www.nzherald.co.nz/entertainm...ectid=10735265





 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template