Sabtu, 30 Jun 2012

Eva Longoria, Eduardo Cruz berpisah sudah


Ianya telah berakhir buat pelakon jelitawan Eva Longoria bersama Eduardo Cruz.
Pasangan yang mula berpacaran sekitar awal tahun 2011 ini akhirnya telah mengumumkan perpisahan mereka di media.Tetapi ini bukan kali pertama pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka.


Perpisahan pertama berlaku pada bulan March tetapi pasangan ini berjaya bersatu semula pada bulan April untuk tahun yang sama.Eva Longoria mula berkenalan dengan Eduardo Cruz setelah pencerai beliau bersama dengan pemain bola keranjang Tony Parker pada tahun 2010.


Jumaat, 22 Jun 2012

Gile!! Iphone, Ipad kene goreng hidup-hidup


Bermula dengan melihat video remaja dari negara Jepun mengoreng PlayStationPSP, Henry Hargreaves mula berkarya hasil dari menonton video tersebut.
Bekerja sebagai jurugambar beliau mula menghasilkan foto-foto menarik dari idea tersebut dimana Henry Hargreaves mempunyai teori beliau sendiri mengenai gadget terkini dengan makanan segera.

" Ia dihidangkan dengan segera dan dibuang dengan segera juga." ujar Henry.


Sebelum pembaca terkejut beruk gadget-gadget yang digoreng oleh Henry ini hanyalah sebuah replika yang dibentuk menyerupai Ipad, Ipod, Iphone dan juga komputer riba ini adalah gabus sebenarnya.


“Saya bukan orang kaya yang sanggup membeli dan menghancurkan alat elektronik.

“Saya juga tidak berminat untuk mengetahui tentang peranti di dalam gadget tersebut, maka saya buat gadget ini secara khas daripada gabus,” kata Henry.




Khamis, 21 Jun 2012

Permainan percuma di GameXN

GameXN.net salah satu laman sesawang yang menyediakan pelbagai permainan online menerusi platform FlashPlayer.

Apa yang menarik mengenai GameXN.net ia merupakan laman permainan video online percuma yang membolehkan anda bermain secara "multiplayer" ataupun lone ranger.

Terdapat pelbagai permainan yang menarik dan menyeronokkan disamping beberapa ciri-ciri tambahan yang boleh anda cuba. Yang tengah boring kat opis tu boleh try2 test tanpa perlu download game ni.



Rabu, 20 Jun 2012

Tunjuk payu dara balas dendam dengan boyfriend


Seorang wanita yang berasal dari Hong Kong nekad menunjukkan payu daranya di halaman youtube akibat dendam dan berang yang teramat sangat keatas bekas teman lelakinya kerana selalu menyindir payu dara wanita terbabit ketika mereka masih lagi dalam hubungan.

Dengan penuh nekad wanita terbabit telah mencuba pelbagai cara untuk membesarkan payu daranya dan setelah membuahkan hasil yang dikehendaki tanpa segan silu beliau telah memuat naik video ke laman Youtube sambil menayangkan payu dara tujuan untuk menyakiti hati bekas teman lelakinya.



Yang sebetulnya aku pun tak pasti betul ke idak cerita ni tapi kalau korang pandai bahasa cina ni cuba tengok dalam video tu betul ke cerita ni.

Selasa, 19 Jun 2012

Pentas Konsert Radiohead Runtuh

Pentas yang sepatutnya diadakan konsert untuk kumpulan RadioHead runtuh secara tiba-tiba semasa pembinaan. 

Pihak CBC melaporkan runtuhan itu mengakibatkan 2 orang cedera dan seorang mati ditempat kejadian. Mangsa yang parah telah dibawak ke SunnyBrook Hospital manakala yang cedera ringan telah dirawat ditempat kejadian. Punca kejadian masih lagi didalam siasatan.

Kumpulan RadioHead telah memberitahu para peminat kumpulan itu dimana konsert mereka akan ditunda dan menasihati supaya tidak datang ke tempat kejadian.

Pada 16/6/12 merupakan anniversary yang ke 15 tahun untuk pelancaran album mereka bertajuk RadioHead's classic.


Sabtu, 16 Jun 2012

10 ribu Dollar untuk muka penyek!


Tang shuquan..43 tahun berasal dari china baru di anugerahkan guinness world record sebagai most twisted face in the world..dapat laa dia medal dan wang 10 ribu dollar sebagai hadiah hasil kerja keras 7 tahun berlatih buat mimik muka macam dalam gambar tu..menang je dia..tros dia offer pada public jika ada yg boleh buat lagi bestt dari dia,dia sanggup bayar 100 ribu yuan atau pun lebih kurang £10 250.








Jumaat, 15 Jun 2012

Telefon Pintar Keluaran Facebook

Ada desas-desus yang menyatakan dimana pihak Facebook sedang dalam perancangan untuk melancarkan atau membina sendiri Telefon Pintar meraka.
Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan kenyataan dari sebuah majalah technologi Bits dari America Syarikat. Apa yang kedengaran pihak dari syarikat Facebook sendiri telah bersetuju untuk bekerjsama dengan HTC untuk keluaran kali ini.

Untuk kaki Facebook jangan lepaskan peluang untuk memiliki telefon pintar ini.








Khamis, 14 Jun 2012

SuperHero Lego Batman :DC Super Heros



Diatas kejayaan besar pelancaran pertama dari syarikat mainan Lego untuk permainan video LEGO® Batman™: The Videogame. Kini mereka kembali dengan sequel kedua untuk para peminat.

Dengan kejayaan penjualan bagi keluaran pertama sebanyak 11 million pihak Lego Group telah bekerjasama dengan Warner Bros. Interactive Entertainment, TT Games untuk penghasilan permainan video terbaru mereka LEGO® Batman™ 2: DC Super Heroes.

Untuk permainan kali ini ianya lebih menarik dengan kemasukkan watak-watak kegemaran selain Batman seperti Superman, Wonder Women, dan Green Lantern.

Permainan video ini boleh didapati dan dimainkan di Xbox 360, Playstation 3, The Wii, dan jugak Nintendo DS.

Jadi untuk mereka yang memang sejak kecil dah main Lego ataupun memang tak berkesempatan nak main Lego boleh la lepas geram dengan permainan video ini.

Rabu, 13 Jun 2012

Charlize Theron Pulak Botak


Semenjak dua menjak ni tak putus-putus aku tengok filem yang dilakonkan Charlize Theron keluar satu persatu.Daripada ahli sihir jahat yang penuh dengan kegelapan (Snow White and the Hunstman) sehingga la kepada kapal angkasa besar-besaran yang gile cool! (Prometheus).

Tapi dari kesemua keluaran filem terbaru ini tidak memberikan masa untuk Charlize Theron untuk berehat panjang malah beliau meneruskan lagi dengan membintangi filem terbaru Mad Max: Fury Road.

Filem yang masih dalam pembikinan ini menuntut Charlize Theron untuk membotakkan kepala beliau! OHH TIDAK!!
Ini dapat dilihat apabila Charlize Theron membawa anaknya Jackson keluar membeli belah.
Tak kesah la botak ke apa janji masyuk.


Selasa, 12 Jun 2012

Lindsay Lohan buat hal lagi....



Lindsay Lohan buat hal lagi. Rasanya semua orang tahu hal terbaru melibatkan Lindsay Lohan yang melanggar lori treller 18 tayar ni di Pacific Coast Highway.
Mengenai eksiden terbabit semasa menerima rawatan selepas kejadian tersebut Lindsay Lohan tidak mengakui yang beliau adalah pemandu kenderaan tersebut tetapi hanya penumpang apabila ditanya oleh pihak berkuasa untuk kali pertama.

Bagaimanapun hasil siasatan dari Santa Monica Police Dept. mendapati ianya hanyalah satu lagi pembohongan dari artis tersebut.Secara tak langsung tindakkan Lindsay Lohan berbohong kepada pihak berkuasa hanya memakan diri sendiri.


Khamis, 7 Jun 2012

Poland menentang Greece


Semua orang tahu yang besok bakal bermulanya sepakkan pertama untuk kejohanan EURO 2012 dimana tuan rumah Polan sendiri akan menentang juara EURO 2004 iaitu Greece.Polan menentang Greece.


Pasukan Greece pada kali ini dilabelkan sebagai underdog tidak begitu menghiraukan sebarang ramalan mahupun andaian yang dibuat untuk pasukan meraka tetapi mereka tetap optimis dan fokus untuk memberikan yang terbaik untuk esok.
Bagi Polan pula menjadi satu kelebihan buat mereka yang bakal akan menerima sokong seramai 50,000 dari penyokong mereka.

Perlawanan Polan menentang Greece akan bermula pada pukul 12.00 tengah malam waktu Malaysia.Kemungkinan kami akan menyediakan Live streaming untuk perlawanan tersebut.

Selasa, 5 Jun 2012

Jadual EURO 2012


Jadual EURO 2012 

Group A - Poland, Greece ,Russia, Czech Republic
Group B - Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
Group C - Spain, Italy, Republic of Ireland, Croatia
Group D - Ukraine, Sweden, France, England

8 Jun 2012
11:55pm Poland vs Greece (Group A) 

9 Jun 2012 
2:45am Russia vs Rep Czech (Group A)
11:55pm Belanda vs Denmark (Group B)

10 Jun 2012
2:45am Jerman vs Portugal (Group B)
11:55pm Sepanyol vs Itali (Group C)

11 Jun 2012
2:45am Ireland vs Croatia (Group C)
11:55pm Perancis vs England (Group D)

12 Jun 2012
2:45am Ukraine vs Sweden (Group D)
11:55pm Greece vs Rep Czech (Group A)

13 Jun 2012 
2:45am Poland vs Russia (Group A)
11:55pm Denmark vs Portugal (Group B)

14 June 2012 
2:45am Belanda vs Jerman (Group B) 
11:55pm Itali vs Croatia (Group C)

15 Jun 2012
2:45am Sepanyol vs Ireland (Group C)
11:55pm Ukraine vs Perancis (Group D)

16 Jun 2012
2:45am Sweden vs England (Group D)

17 Jun 17 2012 
2:45am Greece vs Russia (Group A)
2:45am Rep Czech vs Poland (Group A) 

18 Jun 2012 
2:45am Portugal vs Belanda (Group B)
2:45am Denmark vs Germany (Group B)

19 Jun 2012 
2:45am Croatia vs Sepanyol (Group C)
2:45am Itali vs Ireland (Group C)

20 Jun 2012
2:45am Sweden vs Perancis (Group D)
2:45am England vs Ukraine (Group D)



 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template