Isnin, 2 Januari 2012

mface penganti facebook?


mface.me

Semalam hari ahad, jadi memang hari paling best santai kat rumah. Dalam masa bersantai-santai tu aku pun layan la melodi and ada satu slot yang menarik perhatian aku.Bukan pasal Ayu Raudah nak bercerai mahupun si Iqa Mentor posing merembes tapi pasal AC Mizal ooppss Dato Ac Mizal punya cerita.

Yes sapa yang tengok melodi semalam memang tahu la apa aku nak cerite hari ni. Mface...
apa mface nih? melayu face? malaysia face? makan face atau MLM face??. Lepas je tahu pasal bende ni aku pun try la masuk website mface ni.

First impression dah kantoi.. Loading memang super duper slow dekat 20minit loading pun ada yang tak habis loading lagi. Aku tak tahu la kalau line aku yang masalah atau sebaliknya.Kata target nak capai 1 juta pengguna tapi bandwith ko ni mintak tolong sangat la kasi tinggi sikit ye and aku still boleh maafkan ko pakai JOOMLA phuufftt!

Pelancaran sikit punya grand aku tengok gempak tak ingat sampaikan 60 artis JV bende ni tapi aku tengok website dia macam tak siap pun ada. Sebab apa aku kata tak siap.. cuba korang tengok website tu and klik di ABOUT MFACE. Sumpah aku tak tahu baca bahasa apa yang ditulis.. bile tukar ke bahasa Malaysia alamak!!! kosong! yiellek!! adoi!! sama jugak la bile klik ke English sekali pun.. WTF!!!

Kata Ac Mizal punya oopss Dato Ac punya tapi kenapa bahasa lain yang di ketenggahkan?? Aku tengok video-video yang di upload pun semua jenih video yang aku tak paham bahasanya?! NI SAPA PUNYA SEBETULNYA NIH??!!

ps: dengar cerite website ni Tedy Teow punya. Sapa Tedy Teow? rajin-rajin google ye.

Ahad, 1 Januari 2012

70 ribu hadir Countdown bersama Ustaz Azhar Idrus

Alhamdulillah..
Baru kejap tadi kita semua sudah pun melangkah masuk ke tahun baru 2012. Mesti banyak kenangan pahit mahupun manis kita pada tahun lepas.

Alhamdulillah jugak kerna dengan izin Allah s.w.t satu majlis ceramah bersama ustaz popular tika ini tak lain tak bukan Ustaz Azhar Idrus berjalan dengan lancar disamping beberapa artis jemputan seperti Zizan rajalawak, Shahir AF, Sham kamikaze, Akhil hayy, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Bagi aku ini satu pembaharuan yang cuba diterap oleh kerajaan Selangor dan satu pembaharuan yang cukup positif.Moga Majlis-majlis seperti ini dapat diterus dan di kekalkan dari masa ke semasa..





 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template