Jumaat, 22 Jun 2012

Gile!! Iphone, Ipad kene goreng hidup-hidup


Bermula dengan melihat video remaja dari negara Jepun mengoreng PlayStationPSP, Henry Hargreaves mula berkarya hasil dari menonton video tersebut.
Bekerja sebagai jurugambar beliau mula menghasilkan foto-foto menarik dari idea tersebut dimana Henry Hargreaves mempunyai teori beliau sendiri mengenai gadget terkini dengan makanan segera.

" Ia dihidangkan dengan segera dan dibuang dengan segera juga." ujar Henry.


Sebelum pembaca terkejut beruk gadget-gadget yang digoreng oleh Henry ini hanyalah sebuah replika yang dibentuk menyerupai Ipad, Ipod, Iphone dan juga komputer riba ini adalah gabus sebenarnya.


“Saya bukan orang kaya yang sanggup membeli dan menghancurkan alat elektronik.

“Saya juga tidak berminat untuk mengetahui tentang peranti di dalam gadget tersebut, maka saya buat gadget ini secara khas daripada gabus,” kata Henry.




0 comments:

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template