Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mei 2012

The Dark Night Rises

Sejak dua tiga bulan lepas lagi berita mengenai filem terbaru dari Christoper Nolan iaitu The Dark Night Rises sudah mula secara perlahan-lahan tersebar melalui segenap penjuru didunia internet ni.
Kalau ada peminat-peminat fanatik tu tentu ada yang sudah cuba-cuba search pasal filem The Dark Night Rises ni untuk mencari sedikit sebanyak info ataupun synopsis cerita ni.Kita ada beberapa bulan lagi untuk menanti kemunculan filem hebat ni jadi rasanya besar kemungkinan kita akan disajikan dengan lebih banyak lagi video promoting untuk filem ini.

Sementara tu enjoy dengan video clip Filem The Dark Night Rises ni.


Rabu, 2 Mei 2012

Total Recall (Reboot)


Masih ingat lagi cerita Total Recall ni? Kalau korang tak ingat atau memang tak tahu langsung cerita ni maknanya korang membesar bukan dalam kalangan zaman aku membesar.

Cerita lagend yang boleh aku katakan "best" la jugak berasal dari seorang pengarang bernama Phillip K. Dick berjudul "We can remember it for you wholesale" telah di filemkan pada tahun 1990 dengan berbekalkan pelakon-pelakon handalan pada masa itu dan hero cerita ni tak lain tak bukan Arnold Scwachzenneger.

Untuk tahun 2012 sudah tentu heronya telah ditukar disebabkan hero lama sibuk mentadbir barangkali jadi untuk kali ni heronya telah ditukar kepada Colin Farrell dan digandingkan awek puntianak moden iaitu Kate Beckinsale.

Dengan jalan cerita yang lebih mantap hasil dari Kurt Wimmer dan Mark Bomback Filem ini akan berada di seluruh pawagan pada 3 Ogos tahun ni.Sementara tu enjoy dulu video behind the scenes dan trailer.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Q9achNntzFI





Selasa, 1 Mac 2011

OST Hikayat Merong Mahawangsa



Anuar Zain buat cameback dengan lagu ni.. memang mantap..
dapat link yang full punya tapi dah kene block pulak dengan kru :(

http://www.youtube.com/watch?v=pN3WYsewOJA

10 Mac 2011 ni keluar citer ni
sempoi gak tgk pembikinan filem ni


Rabu, 12 Januari 2011

The Green Hornet in 3D

The Green Hornet in 3D

Green Hornet

Tak sabar nak tengok cerite Green Hornet in 3D.. yes mostly today filem it's all about 3D
Kalau tak silap aku green hornet ni citer lama.. Biasa la skang semua ambik filem filem lama dan dibuat semula dengan teknologi-teknologi yang lebih canggih dan aksi-aksi yang lebih gempak gitu.
Pada asalnya cerite ni sebuah drama bersiri yang diterbitkan oleh George W. Trendle dan Fran Striker pada tahun 1936.Dan kejayaan drama ni sehingga tercipta komik Green Hornet dan tahun ini sebuah filem la pulak..

Kalau tak silap aku citer ni pasal sorang pemuda bernama Britt Reid seorang penerbit surat khabar yang kaya raya dengan pembantunya menentang jenayah dengan kereta hitam canggih dorang bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bende yang sama cuma jalan cerite je yang lain sikit tapi yang tetap penjahat kalah dan yang baik menang.Macam mana dorang menang? ha.. yang itu kite tak tau lagi..
Apa yang menarik cerite ni dulu disebabkan aksi dorang nak lawan penjahat dengan kepandaian berkungfu si pembantu Britt Reid ni tadi dan korang mesti tau sapa orang tu kan? tak lain tak bukan si legend Bruce Lee..

Kalau korang tengok cerite kisah hidup Bruce Lee memang ada pasal cerite Green Hornet ni tapi ni masa mula-mula Bruce Lee masuk Hollywood berlakon itu pun jadi pelakon pembantu, disebabkan Bruce Lee la cerita ni meletup dulu..
Sebab kedua aku nak tengok cerite ni sudah tentu si awek cantik (cantik lagi ke?) Cameron Diaz.. Lama dah aku tak tengok awek ni berlakon.. last aku tengok pun dia berlakon dengan Tom Cruise dalam ceriteee... ceritee apa ye??

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template