Memaparkan catatan dengan label Automotive. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Automotive. Papar semua catatan

Selasa, 13 Mac 2012

Lazareth Wazuma V8






Percaya atau tidak ini adalah sebuah motosikal jenis beroda empat (Quadbike) keluaran syarikat Lazarath yang aku rasa boleh dikatakan terlaju didunia.
Diberi nama Wazuma V8 mampu menghasilkan kuasa sebanyak 250 kuasa kuda penghasilan yang tak mustahil dari enjin V8 3.0 Liter Ferrari.
Dilengkapi dengan 4 biji rim sukan dari MOMO dan sistem break hasil dari Brembo serta mengunakan kotak gear dari BMW M3.
Tak berapa pasti apa pasal dorang ni nak buat motor ni laju gile tapi korang akan menjadi bertambah gile bila dapat menunggang sebijik motor berharga EURO 200 000 (RM 826 000)


Sabtu, 2 Julai 2011

Maksud sebenar jenama kereta

Apa korang tahu maksud sebenar disebalik nama-nama kereta yang ada diseluruh dunia sekarang ni?Kita mesti biasa dengar dengan nama BMW,FIAT,VOLVO tapi adakah korang tahu maksud sebenarnya?? OK hari ni aku akan dedahkan satu persatu khas untuk korang semua..



BMW : Bring Me Women
Maksud sebenar jenama kereta

LEXUS : Luxury EXports to United States
Maksud sebenar jenama kereta

FIAT : Failure in Italian Automotive Technology
Maksud sebenar jenama kereta

HYUNDAI : Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive
Maksud sebenar jenama kereta
KIA : Kills In Accident
Maksud sebenar jenama kereta

VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object
Maksud sebenar jenama kereta
TOYOTA : The One You Only Trust, Always
Maksud sebenar jenama kereta
HONDA : Hold On, Not Done Accelerating
Maksud sebenar jenama kereta
OPEL : Old People Enjoy Life
Maksud sebenar jenama kereta
PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Have Everyting
Maksud sebenar jenama kereta
FORD : For Only Romantic Drivers
Maksud sebenar jenama kereta
PROTON : Powerwindow Rosak? Oohh Tidakk... Ooh Nooo..!!!
Maksud sebenar jenama kereta

Isnin, 21 Februari 2011

Proton Satria Neo CPS RS merembes..!!

Buat kali kedua aku tulis pasal Proton Satria Neo..
Dulu ada jugak aku bikin entry pasal Satria Neo tapi yang tu Satria Neo dalam kategori Rally yang masuk rancangan Top Gear tu.. entry tu korang boleh tengok kat sini Satria Neo S2000

Kali ni nak bagi korang tengok pulak Proton Satria Neo CPS RS. Selain kereta dari Satria Neo CPS Turbo dan Satria Neo R3 Lotus Racing kereta ini jugak adalah salah satu projek untuk menaiktaraf kereta Satria Neo dari R3.. memang mantap kereta nih..

Mengikut sumber kereta ni dia punya spec hampir sama dengan Neo R3 Lotus Racing yang warna hijau tuh cuma kereta Satria Neo CPS RS ni tak disertakan sekali dengan suspension OHLINS dan break AP Racing sebab pada pendapat aku pihak R3 cuba mengurangkan dari segi harga.. ye la benda dua biji tu je dah berapa ribu beb.


Engine:

- 1.6 litre CamPro CPS from the Satria Neo R3 Lotus Racing
- Outputs 145hp (108kW) @7,000rpm and 168Nm @ 5,000rpm.


ok cukup la membebel.. kita jamu mata pulak..




credit to mr_x666

Isnin, 14 Februari 2011

Jom buat GPS Locators anda sendiri.

Pernah dengar alat pengesan kenderaan? Ala yang gunanya untuk kesan kereta kita kalau hilang atau dicuri tuh.Kebanyakanyer bende ni berasaskan pengunaan GPS yang mana dah berada di pasaran negara kita 10 tahun yang dulu.
Untuk memasang alat ni bukan la satu alat yang murah paling koman pun ribu ribu jugak harga alatnya, ditambahkan lagi ada syarikat yang mengenakan sewa bulanan untuk alat dan servis mereka untuk alat ini.

Perghh!! dah la barang mahal kene bayar sewa pulak.. adoiii..

Kepada yang mampu mungkin tak ada masalah tapi kepada yang kurang berkeupayaan tuh macam mana pulak? nak pasang tak mampu tapi kereta kesayangan mesti dijaga sebelum hilang. Siapa yang nak kerete mereka hilang.. bangun pagi-pagi jenguk luar rumah tengok kereta dah tak ada yang tinggal cuma kesan tayar je..
Kalau report polis pun bukan masa tu jugak boleh jumpa takut bile dah jumpa kereta dah tinggal rangka dah kene potong dua.. adoi boleh nagis woo macam tuh..

Bukan aku cakap tak guna kalau kita report polis.Apa yang cuba dinyatakan disini kita harus bertindak dengan ikhtiar kita sendiri. Bila dah cakap ikhtiar ni mesti ramai yang fikirannye dah melayang fikir pasal bomoh bomoh nih.. adoii.. come on.. ini bukan zaman ngiyang rapik bukan zaman ngakong ngakong lagi dah.. dah tak pakai dah semua tuh kita dah lama masuk zaman teknologi canggih mangih skang ni jadi cara kita ikhtiar pun mesti mau canggih beb.. heheheh..

Tanpa perlu bayar yuran bulanan yang makan ratus riban tanpa alat yang mahal kita sendiri pun boleh kesan kat mana kenderaan kite.Caranya mungkin agak rumit tapi kalau dapat dilaksanakan mungkin kepuasan tu milik anda.. tak gitu..

OK perkara dan barang yang perlu kiter ada ialah..

Kereta
Handphone
sim kad
Top up maxis RM40
In car chager

Pastikan anda semua ada kelima lima benda ni baru kita jalan projek kite..
First sekali kita perlukan seorang yang pandai tentang wiring kereta ni.. tapi paling mudah korang boleh je pergi ke kedai aksesori apek tu mintak dia buatkan wiring untuk buat in car charge ni charge handset kite bile kerete on.Tapi perkara ni boleh je kalau tak nak buat cuma kite nak buat projek biar la hasilnyer smart tak gitu.

Lepas tu masukan sim kad yang baru beli tadi tu dan top upkan prepaid rm40 tadi. Pastikan yang korang daftar pengaktifan selama setahun dan selepas itu korang hanya perlu topup rm5 untuk setiap bulan.. balance credit ni korang boleh tranfer balik ke handphone yang korang pakai..
Langkah seterusnya korang taip Find dan diteruskan dengan no sim kad yang baru beli tadi dan hantarkan ke 22001.Dari handphone yang kedua tadi akan terima pengesahan dan korang hanya perlu accept sahaja.

Sekarang kite dah hampir selesai dengan projek nih.Selepas semua langkah diatas dibuat korang perlu sorokkan handphone tadi didalam kereta.. pastikan sebelum itu korang ubah mood handphone ke silent mood dan sorokkan ditempat yang sukar orang temui.Hidupkan handphone tadi dan disini kes wiring tadi memainkan peranan untuk mengelakkan handphone tadi kehabisan bateri atau pun korang boleh je ambik cas balik handphone ni cuma banyak kali keje la..

Perhatian! Sistem ini hanya boleh dilakukan pada penguna maxis to maxis sahaja sebab apa?Hanya maxis je yang provide Friend Finder.Korang mesti tau kan apa itu Friend Finder.. bende ni asalnya maxis buat untuk pengguna mereka mengesan antara satu sama lain.
Teringat pulak dengan awek aku dulu suka sangat friend finder aku kat mana kekadang boleh jadi gile aku dibuatnyer.. bile masa aku keluar mesti dia friend finder aku nak tau aku kat mana.. Jadi apa yang perlu korang buat cuma taip find dan no sim kad baru tu dan hantar ke 22001 dalam masa 10 saat korang akan dapat lokasi dimana kenderaan korang berada.Biasanya maxis akan hantar maklumat lokasi ni dari 1 hingga 10 kilometer radius dari pemancar dorang yang terdekat.
Jadi siap la GPS locators untuk kereta korang. Selamat mencuba

Khamis, 13 Januari 2011

Honda Civic 2011 (CONCEPT CAR)






 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template