Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Khamis, 7 Jun 2012

Poland menentang Greece


Semua orang tahu yang besok bakal bermulanya sepakkan pertama untuk kejohanan EURO 2012 dimana tuan rumah Polan sendiri akan menentang juara EURO 2004 iaitu Greece.Polan menentang Greece.


Pasukan Greece pada kali ini dilabelkan sebagai underdog tidak begitu menghiraukan sebarang ramalan mahupun andaian yang dibuat untuk pasukan meraka tetapi mereka tetap optimis dan fokus untuk memberikan yang terbaik untuk esok.
Bagi Polan pula menjadi satu kelebihan buat mereka yang bakal akan menerima sokong seramai 50,000 dari penyokong mereka.

Perlawanan Polan menentang Greece akan bermula pada pukul 12.00 tengah malam waktu Malaysia.Kemungkinan kami akan menyediakan Live streaming untuk perlawanan tersebut.

Selasa, 5 Jun 2012

Jadual EURO 2012


Jadual EURO 2012 

Group A - Poland, Greece ,Russia, Czech Republic
Group B - Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
Group C - Spain, Italy, Republic of Ireland, Croatia
Group D - Ukraine, Sweden, France, England

8 Jun 2012
11:55pm Poland vs Greece (Group A) 

9 Jun 2012 
2:45am Russia vs Rep Czech (Group A)
11:55pm Belanda vs Denmark (Group B)

10 Jun 2012
2:45am Jerman vs Portugal (Group B)
11:55pm Sepanyol vs Itali (Group C)

11 Jun 2012
2:45am Ireland vs Croatia (Group C)
11:55pm Perancis vs England (Group D)

12 Jun 2012
2:45am Ukraine vs Sweden (Group D)
11:55pm Greece vs Rep Czech (Group A)

13 Jun 2012 
2:45am Poland vs Russia (Group A)
11:55pm Denmark vs Portugal (Group B)

14 June 2012 
2:45am Belanda vs Jerman (Group B) 
11:55pm Itali vs Croatia (Group C)

15 Jun 2012
2:45am Sepanyol vs Ireland (Group C)
11:55pm Ukraine vs Perancis (Group D)

16 Jun 2012
2:45am Sweden vs England (Group D)

17 Jun 17 2012 
2:45am Greece vs Russia (Group A)
2:45am Rep Czech vs Poland (Group A) 

18 Jun 2012 
2:45am Portugal vs Belanda (Group B)
2:45am Denmark vs Germany (Group B)

19 Jun 2012 
2:45am Croatia vs Sepanyol (Group C)
2:45am Itali vs Ireland (Group C)

20 Jun 2012
2:45am Sweden vs Perancis (Group D)
2:45am England vs Ukraine (Group D)



Isnin, 27 Jun 2011

Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Indonesia




JAKARTA, 26 Jun — Pemain negara Datuk Lee Chong Wei muncul juara kejohanan badminton Terbuka Indonesia di Astora Senayan di sini, hari ini.

Beliau menewaskan bintang Denmark Peter Gade 21-11 dan 21-7.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online berkata, pencapaian hari ini menjadikan Lee menjadi pemain bukan Indonesia pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira tempatan Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.

Bagi Lee, pemain nombor satu dunia, kejuaraan itu agak mudah selepas cabaran Gade luntur di sebalik permainan pantas dan serangan yang dilakukan oleh pemain negara itu.

Lee mengambil masa hanya 15 minit untuk memenangi set pertama 2-11 dengan corak permainan pantas membuat Gade berhempas pulas untuk menyelamatkan setiap serangan.

Lee mengekalkan rentaknya dengan mendahului 11-4 pada set kedua sebelum menamatkan perlawanan dengan 21-7.

“Jarang sekali anda lihat Gade menyerah kalah begitu sahaja dalam gelanggang tetapi hari ini dia memang melakukannya. Saya banyak menghormati dia sebagai pemain yang enggan mengaku kalah,” kata Lee lagi.

Dalam pada itu, Gade berkata beliau tidak dapat menandingi ketangkasan Lee yang melakukan pelbagai corak serangan.

“Chong Wei telalu kuat bagi saya,” kata Gade, pemain berusia 34 tahun itu yang membawa pulang wang tunai AS$22,800 (RM69,323).

Lee pula menerima hadiah wang tunai AS$45,000 (RM136,822).

Kejohanan super siri akan berhenti rehat untuk memberi peluang kepada pemain sebelum menghadapi Kejohanan Dunia di London, Ogos ini.

China pulang dengan dua gelaran iaitu beregu lelaki, beregu wanita dan perseorangan wanita.

Bekas juara dunia Cai Yun dan Fu Haifeng merangkul gelaran beregu lelaki apabila menumpaskan beregu senegara Chan Biao dan Guo Zhengdong 21-13, 21-12 manakala beregu wanita Wang Xiaoli/Yu Yang mengatasi beregu tuan rumah Vita Marissa/Nadya Melati 21-12, 21-10.

Dalam pada itu, juara bertahan Saina Nehwal gagal merangkul gelaran buat kali ketiga dalam acara perseorangan wanita apabila tunduk 21-12, 21-23, 14-21 kepada pemain China, Wang Yihan.

Isnin, 21 Februari 2011

Gambar Azizulhasni pelumba basikal negara tertusuk kayu ketika perlumbaan

Semalam aku tengok berita kat tv pasal pelumba basikal negara Azizulhasni tercedera dalam satu perlumbaan.Hari aku try cari cerite pasal Azizulhasni dan hasilnya...





Apa yang dimaklumkan Azizulhasni bangun dan meneruskan perlumbaan selepas pelanggaran tanpa menyedari kakinya tertusuk kayu akibat pelanggaran.Ada sumber mengatakan Azizulhasni mendapat pingat gangsa dalam acara ini.Tahniah diucapkan dan aku memang kagum dengan semangat mamat Azizulhasni ni...

Isnin, 14 Februari 2011

Basikal fixed gear makin glamor dikalangan remaja kini..



Aku perasan sekarang dah mula ramai budak-budak remaja berjinak dlm arena perbasikalan ni...boleh kata diselangor,KL,Melaka.Pernah jugak nampak group yg main basikal ni... petang petang kat taman rumah aku pun berlambak ada jugak terserempak masa malam..mungkin benda ni dah lama popular tapi sekarang baru nampak ramai remaja yang mula berminat

Basikal yang aku maksudkan bukan le basikal jenis BMX yang pada zaman aku dulu-dulu memang cukup femes la basikal jenis BMX ni siap modified dan pasang aksesori tambahan pada basikal.. dulu sanggup tak makan kat sekolah semata-mata nak kumpul
duit buat beli barang basikal nih.. tapi zaman tu semua dah berlalu.. jauh berlalu.. tapi peminat-peminat bmx tak pernah pupus sama sekali sehingga la ke hari ni.Kita ambik contoh pertandingan x-games yang sering diadakan diluar negara dan pertandingan basikal bmx masih lagi dipertandingkan.

Mungkin demam basikal fixed gear atau di panggil single speed ni dah mula menular dikalangan remaja sekarang yang mana ini satu aktiviti yang cukup sihat.
Macam mana aku tak cakap sihat.. silap gaya boleh semput siapa yang naik basikal ni lagi pulak yang mendaki bukit tuh.. kalau aku mau semput dibuatnya.. melainkan ada gear macam basikal mountain bike boleh jugak tukar gear rendah ke..
Nak pulak kalau lintas di tanah gambut silap haribulan tak bergerak basikal tuh.. hehehe
Kadang-kadang tu bile keluar malam dari jauh nampak macam konvoi motor je.. aku jadi macam terkejut kejap apasal sikit punya banyak motor tapi satu bunyi pun tak ada jadi keliru disebabkan headlight yang dorang pakai tapi bila makin dekat baru perasan konvoi basikal fixed gear nih..


Kalau time aku dulu basikal macam ni kita orang panggil basikal prewel mati atau spoket mati tapi sekarang mana boleh pakai nama tu lagi mesti la nak kene upgrade sikit.. apa yang aku tahu basikal ni di panggil basikal fixed gear atau fixie di kalangan dorang nih.Apa yang lebih menarik bagi aku basikal ni ditunggang tanpa break.Bile ditanya macam mana nak break
dorang cakap break pakai kaki maknernyer kita hanya meluruskan kaki dan menahan pedal basikal nih atau nama lain dipanggil skidstop@short skid.
fuhh!! nak break pun ada skill dengan basikal nih aku tak dapat bayangkan kalau basikal ni ditunggang laju tetiba nak break emergency!! kaki mesti mau kuat nak
menahan padel basikal nih yang sedang berputar laju.

Basikal fixed gear atau single speed ni kalau dilihat dari segi harga pun boleh tahan jugak harganya.. semua bergantung pada jenama basikal dan metarial basikal nih.. jenama-jenama seperti Giant, Fuji, Niner CreateBikes, Eighthinch, Dodici ni adalah nama nama
yang senonim dengan aktiviti basikal ni.Harga pasaran apa yang aku tahu bermula dari RM300 membawa la sampai ke ribu ribu harganya..
pergh!! kalau dah beli basikal ribu riban ni kalau tak ditunggang jugak aku tak tau la nak cakap apa..

Macam biasa la kalau dah melibatkan remaja apa pun mesti ada skill skill atau trick baru la gempak tak gitu?
Basikal fixed gear ni pun tak terlepas dari itu semua. Korang try je la tanya encik youtube tu mesti ada jumpa punya video pasal skill basikal ni.. aku malas nak letak dalam blog ni disebabkan line celcom aku slow tahap dewa.. aku nak cari maklumat
lebih pasal basikal ni pun terbantut.. atau pun kalau korang nak
cari geng-geng dikalangan penunggang basikal fixie ni boleh je join forum basikal ni yang diwujubkan oleh encik Irman hilmi di alamat http://forum.grafa-design.com/ selain tu ada jugak geng-geng basikal ni macam dekat Subang (GRAFA), Sri Damansara (ABC), Gombak, Shah Alam (TRAILRIDERMAD), Kota Damansara. Banyak jugak group Fixed Gear yang ada kat Malaysia ni, RATSKL (Kuala Lumpur), JF Faction (Kedah), HARUFixed (Melaka), Southernfix (JB), WDB dan banyak lagi..

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template