Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Selasa, 10 Julai 2012

Dan Cretu : Arca makanan yang menarik

Kalau dulu nampak buah oren je kita dah tak fikir lain benda. Kupas kulit oren and then makan tak pun perah buat jus.
Tapi semuanya berbeza bagi Dan Cretu. Bagi beliau buah Oren jugak boleh menjadi sebuah basikal?!.
Setiap hari Dan Cretu akan mengambil Oren, Tembikai, Timun atau apa saja yang makanan yang beliau dapat untuk diubah menjadi objek lain.












Ahad, 8 Julai 2012

Jessica Alba : Menonjol di Paris Fashion Week

Sejak kahwin ni jarang kita nampak pelakon jelita Jessica Alba ni. Mungkin selepas kahwin ni dia memang nak slow down dengan aktiviti lakonan ataupun beliau sibuk dengan urusan-urusan yang melibatkan syarikat beliau sendiri.

Baru-baru ni satu pementasan fashion " Paris Fashion Week" turut dihadiri oleh Jessica Alba dengan berpakaian kulit ketat sendat padat... fuuuuuuuuuu....






Jumaat, 6 Julai 2012

Simon Cowell dikelilingi polis


Simon Cowell salah seorang juri tetap untuk rancangan "X Factor" dikelilingi pegawai polis semasa beliau menaiki mini scooter untuk ke pentas audition bagi rancangan tersebut di Rhode Island.

Perkara ini dilihat sebagai perkara biasa untuk Simon apabila dikelilingi polis tetapi selalunya beliau akan diiringi ketika menaiki kereta mewah.

Untuk pertama kalinya beliau diiringi 4 anggota polis ketika menaiki mini scooter ini disebabkan jarak yang begitu hampir dengan pentas audition.



Selasa, 3 Julai 2012

Paris Hilton tergolek tayang spender!!!

Sapa tak kenal dengan anak jutawan si Paris Hilton ni. Macam-macam hal dah dia buat dan yang terbaru dapat cerita yang si Paris Hilton ni dah belasah salah seorang paparazi.
Rasa bende ni biasa jer tapi apa yang menariknyer kali ni salah seorang paparazi yang turut berada ditempat kejadian sempat merakam kejadian tersebut yang mana menurut beliau Paris Hilton dibawah pengaruh dadah sedang cuba merampas kamera salah seorang paparazi sehingga tercetus pergaduhan antara mereka.

Citer banyak tak guna layan gambar baiknyer der.. :)


hehehehehehe






Usher : "She think we're married"



Darshelle Jones-Rakestraw 26 tahun mengaku sebagai isteri penyanyi terkenal Usher apabila disoal oleh Polis. Senario ini terjadi semasa beliau cuba meyakinkan pihak polis dimana beliau tertinggal kunci untuk memasuki premis milik Usher.

Kejadian untuk kali kedua ini berlaku setelah Usher membuat laporan buat kali pertama gadis ini cuba memasuki premis milik Usher. Untuk kes pertama pihak polis telah dihubungi oleh Usher dan gadis 26tahun ini telah diberi amaran untuk tidak mengulangi perbuatan ini tetapi amaran ini tidak diendahkan oleh gadis terbabit.

Bagi pihak Darshelle Jones-Rakestraw pula beliau menyatakan bahawa Usher telah berjanji untuk membantu didalam kerjaya seni beliau.
Gadis ini juga telah memuat naik video ke halaman youtube dan bagi menjelaskan perkara sebenar dan membuat kenyataan untuk memfailkan saman keatas penyanyi Usher.


Mana satu betul? 


Ahad, 1 Julai 2012

Justin Bieber "Believe" 347,000 unit sold out


Album terbaru dari penyanyi muda Justin Bieber bertajuk 'Believe' terjual sebanyak 347,000 unit untuk minggu ini setelah majlis pelancaran album ini pada 15 June.
Ia merupakan minggu yang begitu menajubkan bagi penyanyi tersebut kerana secara tak langsung penjualan album beliau berjaya mengatasi penjualanseminggu  album penyanyi tersohor iaitu Madonna 'MDNA' yang merupakan penjualan album terbesar setakat tahun 2012 ini.

Kejayaan penjualan album ini berjaya melebihi penjualan album sebelum ini 'Under The Mistletoe' sebanyak 160,000 untuk minggu pertama.

Sabtu, 30 Jun 2012

Eva Longoria, Eduardo Cruz berpisah sudah


Ianya telah berakhir buat pelakon jelitawan Eva Longoria bersama Eduardo Cruz.
Pasangan yang mula berpacaran sekitar awal tahun 2011 ini akhirnya telah mengumumkan perpisahan mereka di media.Tetapi ini bukan kali pertama pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka.


Perpisahan pertama berlaku pada bulan March tetapi pasangan ini berjaya bersatu semula pada bulan April untuk tahun yang sama.Eva Longoria mula berkenalan dengan Eduardo Cruz setelah pencerai beliau bersama dengan pemain bola keranjang Tony Parker pada tahun 2010.


Selasa, 19 Jun 2012

Pentas Konsert Radiohead Runtuh

Pentas yang sepatutnya diadakan konsert untuk kumpulan RadioHead runtuh secara tiba-tiba semasa pembinaan. 

Pihak CBC melaporkan runtuhan itu mengakibatkan 2 orang cedera dan seorang mati ditempat kejadian. Mangsa yang parah telah dibawak ke SunnyBrook Hospital manakala yang cedera ringan telah dirawat ditempat kejadian. Punca kejadian masih lagi didalam siasatan.

Kumpulan RadioHead telah memberitahu para peminat kumpulan itu dimana konsert mereka akan ditunda dan menasihati supaya tidak datang ke tempat kejadian.

Pada 16/6/12 merupakan anniversary yang ke 15 tahun untuk pelancaran album mereka bertajuk RadioHead's classic.


Rabu, 13 Jun 2012

Charlize Theron Pulak Botak


Semenjak dua menjak ni tak putus-putus aku tengok filem yang dilakonkan Charlize Theron keluar satu persatu.Daripada ahli sihir jahat yang penuh dengan kegelapan (Snow White and the Hunstman) sehingga la kepada kapal angkasa besar-besaran yang gile cool! (Prometheus).

Tapi dari kesemua keluaran filem terbaru ini tidak memberikan masa untuk Charlize Theron untuk berehat panjang malah beliau meneruskan lagi dengan membintangi filem terbaru Mad Max: Fury Road.

Filem yang masih dalam pembikinan ini menuntut Charlize Theron untuk membotakkan kepala beliau! OHH TIDAK!!
Ini dapat dilihat apabila Charlize Theron membawa anaknya Jackson keluar membeli belah.
Tak kesah la botak ke apa janji masyuk.


Selasa, 12 Jun 2012

Lindsay Lohan buat hal lagi....



Lindsay Lohan buat hal lagi. Rasanya semua orang tahu hal terbaru melibatkan Lindsay Lohan yang melanggar lori treller 18 tayar ni di Pacific Coast Highway.
Mengenai eksiden terbabit semasa menerima rawatan selepas kejadian tersebut Lindsay Lohan tidak mengakui yang beliau adalah pemandu kenderaan tersebut tetapi hanya penumpang apabila ditanya oleh pihak berkuasa untuk kali pertama.

Bagaimanapun hasil siasatan dari Santa Monica Police Dept. mendapati ianya hanyalah satu lagi pembohongan dari artis tersebut.Secara tak langsung tindakkan Lindsay Lohan berbohong kepada pihak berkuasa hanya memakan diri sendiri.


Rabu, 30 Mei 2012

Gambar Pengasas Facebook Honeymoon

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg membawa pasangannya Priscilla Chan ke The Amalfi Coast di Italy untuk Honeymoon mereka.






Isnin, 21 Mei 2012

Peminat kecewa dengan Aishwarya Rai



OMG!!!
Apadah jadi??
betul kata bapak aku.. kalau nak cari bini biar cantik dalaman.. jangan tertipu dengan luaran ni sebab anytime boleh berubah. Thanks bapak :)






MUMBAI, India - Bintang utallywoma Bood yang sinonim dengan gelaran wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai dikritik hebat kerana gagal menurunkan berat badan selepas lima bulan melahirkan anak sulungnya.

Menurut laman web US Weekly kelmarin, bekas Ratu Cantik Dunia itu melahirkan anak perempuan, Aaradyha pada November tahun lalu, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Abhishek Bachchan.

Akhbar Britain, Daily Mail memetik seorang peminat Rai sebagai kecewa kerana aktres berkenaan gagal melaksanakan 'tanggungjawab' untuk kelihatan langsing demi peminatnya.

"Dia seorang aktres Bollywood, justeru, menjadi tanggungjawabnya untuk kelihatan langsing dan cantik," sumber tersebut dipetik sebagai berkata.

Baru-baru ini, sebuah laman web menyiarkan klip video menunjukkan perubahan diri Rai sebelum dan selepas melahirkan anak.

Klip video berkenaan yang diiringi runut bunyi tempikan gajah telah ditonton lebih 500,000 kali di internet.

Sementara itu, peminat heroin filem Dhoom 2 itu menantikan kehadirannya pada festival filem Cannes 2012 di Perancis, minggu ini.

Rai, 38, dijadualkan menghadiri acara Karpet Merah festival filem berkenaan.

- Agensi-





Khamis, 17 Mei 2012

Angelina Jolie beli helicopter untuk Brad Pitt.




Serius kalau la awek aku macam si Angelina Jolie ni sumpah aku tak cari lain ;)
Sayang punya pasal Angelina Jolie sanggup membelanjakan wang sebanyak 1 million untuk membeli helicopter buat tunang tersayang si Brad Pitt ni.
Semua bermula apabila kenyataan si Brad Pitt yang beliau teringinkan sebuah helicopter persendirian.Dengan usaha Brad Pitt membuat landing site dikawasan perumahaan mereka jadi Angelina jolie membuat keputusan untuk menghadiahkan sebuah helicopter secara kejutan kepada Brad Pitt.

Kedua-dua pasangan kekasih ni dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat dengan persiapan yang sedang dilakukan.Ada sumber mengatakan Brad Pitt telah membelanjakan sebanyak 10 million hanya untuk persiapan majlis perkahwinan mereka yang bakal di langsungkan dirumah mereka.

Sabtu, 10 Mac 2012

Justin Bieber

Tak tau nak tulis apa just nak share gambar si Justin Bieber ni.. enjoy :)





Khamis, 30 Jun 2011

Wardina beri blogger tempoh 14 hari


WARDINA (kanan) menafikan dakwaan bahawa dia telah menyertai PKR sambil diperhatikan Muhammad Hanif pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

"Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.


rasa macam pernah baca la blog yang dimaksudkan...

Selasa, 28 Jun 2011

Rizal AF5 dibelasah


KUALA LUMPUR: “Hanya mati terlintas di fikiran apabila lelaki berbadan tegap itu mencekik dan mengangkat badan saya sebelum menghempas ke kereta,” kata penyanyi dilahirkan melalui program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Rizal ketika menceritakan pengalamannya diserang dua lelaki, tengah malam kelmarin.

Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub berkata, kejadian berlaku di persimpangan Jalan Cecawi, Seksyen 6, Kota Damansara jam 12 tengah malam.

Menurut artis berasal dari Sarawak itu, sebelum kejadian dia menyedari keretanya diekori Proton Iswara dinaiki dua lelaki sebaik keluar dari pusat beli-belah Sunway Giza, Kota Damansara, namun tidak mengesyaki apa-apa.

Ketika itu, dia baru keluar dari kompleks beli-belah berkenaan dan menghantar rakan wanitanya pulang ke rumah di Kota Damansara, jam 12 tengah malam.


“Namun ketika tiba di persimpangan di tempat kejadian, Proton Iswara itu memintas kereta saya menyebabkan saya menekan brek secara mengejut bagi mengelak merempuh kereta itu.


“Sebaik saya memberhentikan kereta, dua lelaki keluar dan menyerang tanpa saya sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Rizal berkata, seorang daripada lelaki terbabit memulas lengan kanannya ke belakang dan mencekik lehernya.

“Lelaki itu memarahi saya sambil mengugut mencederakan saya dan rakan jika berani datang ke kawasan itu lagi.

“Saya berasa tidak berdaya apabila lelaki yang mencekik saya mengangkat dan menghempas saya ke kereta,” katanya.

Menurut Rizal, rakan wanitanya, Hamaria Mohd Harun, 23, yang pada mulanya berada di dalam kereta keluar meleraikan pergaduhan itu, namun dia pula diserang kedua-dua lelaki terbabit.

“Saya cuba membantu, namun tidak berjaya apabila sekali lagi dicekik. Mujur Hamaria sempat menjerit meminta pertolongan orang ramai menyebabkan dua lelaki itu masuk ke dalam kereta dan terus beredar,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Rizal lebam di lengan kanan.

Hamaria yang bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah syarikat penerbangan swasta berkata, dia tidak tahu apa motif kedua-dua lelaki terbabit menyerang dia dan Rizal.

“Saya sendiri bertanya Rizal sama ada dia mempunyai musuh, namun dia menafikannya, tambahan pula kami berdua merantau ke sini mencari rezeki.

“Saya sendiri tidak bermusuh dengan sesiapa dan tidak tahu kenapa mereka menyerang kami, namun saya takut ada agenda lain ingin mengenakan kami,” katanya yang juga berasal dari Sarawak.

Rizal kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara kerana bimbang kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Khamis, 2 Jun 2011

Usop wilcha ber twitter

Inilah akaun Twitter Shy8 aka Usop Wilcha (@RealUsopWilcha). Avatar pun belum tukar lagi.

Semalam Usop Wilcha telah mengumumkan di dalam laman Facebook bahawa beliau baru sahaja mendaftar akaun Twitter (@RealUsopWilcha).

Tweet pertama "AWOKK KAT OPIS KHOJER UTK BIG EVENT LUSA HIHU"

Antara artis lain yang baru join Twitter adalah @azleesenario, @mUncleHussain, @geraldhansisaac, @GbobRajaLawak, @RealFarawahida, @fahrinahmad & @ADPadiputra.

p/s: Cer follow @RealUsopWilcha



Selasa, 15 Mac 2011

Pelakon,pengacara Irma Hasmie kini bertudung.

Assalamualaikum dan salam 1malaysia.
Lagi cerite pasal artis aku tulis.. dah jadi macam blog gossip la pulak hehehe..
Kali ni time pusing-pusing dunia internet ni aku terjumpa la satu info ni yang aku rasa berminat nak share dengan pembaca atau follower aku.Ini cerite belum masuk malodi lagi tau kire panassssssss lagi hehehhe..

Tapi bende ni bukan panas apa, malah bende baik lagi pun.Selalunyer kalau artis ni cerite bende tak elok lebih banyak dari bende elok kan.. jadi tak salah la kirenyer aku share bende yang elok ni dengan korang.. mana tahu tuan badan pun masuk dalam blog aku dan terasa best sangat macam diri dihargai gitu.

Tapi jangan pulak pasang niat nak buat baik sekadar nak mintak orang atau peminat puji. Kalau boleh jangan la macam tu malah dalam apa sekali pun yang kita buat jangan la harapkan balasan atau pun pujian biar la apa yang kita buat tu ikhlas dari hati nurani sendiri.

Alamak dah macam apa pulak aku ni nasihat orang.. diri sendiri pun tak ternasihat nak nasihat orang lain konon.
Cerite panjang lebar tapi bende nak dicerita tak masuk-masuk lagi.. ok.. ok..
Ni ha... si Irma Hasmie ni dah bertudung dah....... Alhamdulillah..... terbuka seorang hamba Allah nak tunaikan kewajipan dia. Ada yang cakap kekasih baru Irma ni yang suruh dia bertudung.. tapi tak kesah la macam mana sekali pun jadi aurat yang kene tutup mesti tutup tak gitu.
Apa pun aku ucapkan tahniah.






credit to :
tempurung@85

Isnin, 7 Mac 2011

Video clip terbaru dari KRU studios "Ganas"

Kru sahaja melancarkan video clip terbaru mereka yang bertajuk "Ganas"
Jom layan lagu ni.. aku tengok video clip ala-ala k-pop ke j-pop macam tu la.. lalalala...

Jumaat, 4 Mac 2011

Siti Saleha Mohd Baharum

Kalau sapa yang biasa tengok drama bersiri Ustaz Amirul yang tengah hot sekarang di tv3 mesti kenal dengan awek yang aku review skang ni kan... aku minat dengan dia ni sebab muka dia sweet macam gula la kot.. sebab kalau nak minat bab lakonan aku pun jarang la tengok drama Ustaza Amirul tu.. kalau dulu dia berlakon dalam drama Nur Kasih pun sebagai pelakon tambahan je jadi kurang menonjol.

Aku mula perasan dengan minah ni start iklan syampu rambut lagi.. memula aku tengok agak terkejut memula sebab awek ni dengan bertudung boleh bantai rembat bola dengan stylonyer.. (lipat gunting lagi) lepas tu ada la perasan beberapa iklan lagi yang minah ni berlakon.
Terbaru drama yang aku perasan dia ni berlakon dalam drama Sudu dan Garfu.Pada aku drama ni lain sikit dari drama yang dia berlakon sebelum-sebelum ni.Kalau dalam Nur Kasih pun dia berlakon ala-ala sopan gitu tapi dalam drama Sudu Dan Garfu watak yang dipegang agak gediks dan brutal sikit membuatkan aku tak dengar bila bini panggil makan malam.

Dok panggil awek.. awek... ok kat sini aku letak biodata pasal minah yg bernama Siti Saleha.. Ini pun aku dapat hasil aku tanya pakcik google sapa Siti Saleha ni.Rupanya ramai jugak blogger yang dah review Siti Saleha ni.

Nama : Siti Saleha Mohd Baharum

Panggilan : Siti Saleha atau Saleha

Tarikh Lahir: 14 Mac 1990

Umur: 20

Tinggi: 165 sentimeter

Berat: 50 kilogram

Drama: Kasut Tumit Tinggi (2008), Farah, Kapten Boleh (2008), 5 Jingga (2008), Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim 2.

Telemovie: Puaka Topeng Putih (2009), Hati Batu (2009), Raya Mona (2009), Kau Laksana Bulan (2009).

Teater: Stage Therapy (2009)

Iklan: Celcom, Wrigley’s DoubleMint (2008), Gillette (2008), Maggi (2008), Nestle (2007), Honey Soft (2006), Pantene (2005), F&N (2005) dan Nescafe (2009).


kita layan gambar pulak..






 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template