Khamis, 3 Februari 2011

Satria Neo S2000 meletop!!



Korang pernah tengok tak rancangan Top Gear?Pada yang pengemar kereta tu mungkin tau pasal ni tapi yang kurang pasti tu rancangan ni adalah sebuah rancangan yang yang popular keluaran dari BBC.
Bagi yang pertama kali tengok anda mungkin terkejut dengan pengacara rancangan ni.Bukan terkejut apa cuma terkejut cara dorang komen sesebuah kereta tu dengan kata lain kutuk!.Dorang ni kalau kutuk memang pedih ayat dorang dan kenderaan malaysia pernah jadi mangsa kutukan dorang tapi jangan pula disalah anggap kerana bukan kereta buatan malaysia sahaja yang dikutuknya malah pernah jugak kereta Aston Martin serta ferrari pun pernah menjadi mangsa jadi tak heran la kenderaan negara kita yang baru mula menapak ini mendapat kritikan pedas dari dorang..
Korang boleh tonton rancangan ni pada setiap hari ahad di NTV7 pukul 5 macam tub.
OK aku bukan nak cerite pasal kutuk mengutuk nih tapi aku nak kasi korang tengok ada satu segmen dimana dorang ada test kereta satria neo s2000.
Satria Neo S2000 ni adalah kereta rally malaysia dan pernah menyertai pertandingan rally bertaraf antarabangsa.Baru-baru dorang ada hantar kereta ni join pertandingan anjuran rally monte-carllo sempena ulangtahun pertandingan tu yang.... errr... aku lupa yang ke berapa sorry.

OK korang tengok la video kat bawah ni.Bila aku tengok video ni terasa macam nak beli satria neo pulak.Tapi memang tak sama la dengan Satria Neo S2000 ni kan.

5 comments:

comel satria ni..
tp 2 pintu..
me xsuka kete 2 pintu..

mmg impikan..
tapi jd angan2 je la

@xcyberkalau tak silap kereta neo s2000 ni memang dicipta untuk rally.. kalau nak yang on the road punye kene beli yang neo limited kaler hijau tuh.. ala yang rosham nor beli tuh...pasal tu limited sebab memang rule nak masuk rally kereta tu memang kene ada kat jalan..

@qasehraihan kalau dah berfamily memang payah pakai kerete 2 pintu nih..

yg limited kaler ijau tu r3 punye...
skarang dah keluar yang CPS R3.. latest.. =)

*ingatkan mletop ape la td.. =p

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template