Khamis, 24 Februari 2011

Mana pergi analytics nuffnang aku??

Assalamualaikum.. berkat selamat untuk blogger semua..

Hari ni aku jeles bebenor bile tengok kawan kawan lain semua dapat bahagian masing-masing dari nuffnang.Memang syok kan kalau kita dapat penghargaan atau pun hadiah hasil dari titik peluh kita sendiri.. walaupun hadiah tu tak sebesar mana tapi kita akan lebih menghargai sesuatu tu kalau kite sendiri yang berusaha.

Seorang sahabat kita ni abang teror katanya baru 3 bulan berblogging yang mana aku memang was-was dengan kenyataan dia walaupun dah berkali-kali dia nyatakan tapi hati aku macam susah nak terima... hehehhe sorry ar der.. rasa musykil tu tak leh nak kikis.. bukan apa dari segi pandangan aku untuk blog abang teror ni bukan la jenis orang yang baru 3 bulan berblogging lain la kalau macam blog aku nih.. kalau aku cakap baru seminggu pun orang percaya.. tak gitu.
Setelah bertungkus lumus akhirnya dia dapat BE dari nuffnang.BE tersebut datangnyer dari pihak celcom.. best betul.. sapa yang tak seronok kalau tau nak dapat duit.Kempen ni pun katanya first time dia dapat dari nuffnang walaupun status giletterati dia hilang dalam nuffnang...tahniah la der.. nanti bile dah cash out duit tu boleh la belanje makan eskrim ye..

Yang sorang lagi member kite dari akalemosi pun dapat habuan dia hasil dari kerajinan beliau menyertai contest yang dibuat oleh nuffnang.Kali ni dia dapat tiket tayangan perdana cerite Bestly.Katanya korang semua berkemungkinan besar untuk menang dalam contest yang diadakan oleh nuffnang nih.. cuma rajin tak rajin je nak masuk contest tu.Selain tu menurut akalemosi sendiri dengan cara menyertai contest dengan seberapa kerap yang boleh memberikan kita peluang yang kiranya lebih sikit untuk tackle si nuffnang ni tadi.Sebabnya tiap kali kita sertai contest ni pihak nuffnang akan minta kita sertakan sekali alamat blog kita.. jadi secara tak langsung ada rekod blog kita di pihak nuffnang.. walaupun kita tak menang contest tapi rekod ataupun kesedaran nuffnang tentang kewujudan blog kita tu ada jadi bayangkan la kalau berpuluh-puluh kali kita join contest agak-agak nuffnang kenal tak kita?itu yang penting katanya.Kalau di fikirkan logika akal memang ada betulnya jadi thanks untuk akalemosi kerana share pasal ni..

Itu cerite dorang dengan nuffnang.. yang aku ni pun ada jugak kesnyer dengan nuffnang.. bukan cerite aku dapat BE.. bukan cerite aku dapat tiket wayang.. tapi cerite aku ni sedih sikit dan lain dari lain.Kesahnya bile aku nak login ke website nuffnang..

Dah dua hari dah jadi macam nih. First aku cek semalam dari pagi kalau tak silap aku.. memula tu aku ingatkan mungkin line internet aku slow ke apa ke.. aku buat tak kesah lagi tapi bile petang pun jadi macam tu aku dah mula rasa lain macam sikit tapi apa yang boleh aku buat?
Aku buang syak wasangka aku jauh-jauh mungkin nuffnang ada problem macam sebelum sebelum ni.. bukan tak pernah jadi tapi yang jadi sekarang ni lain sikit.Kalau dulu memang website nuffnang pun tak leh masuk terus tapi kali ni boleh login tapi di bahagian Analitik dia kosong? sama jugak kalau aku klik pada ruangan lain macam Lokasi pengunjung,Kata kekunci atau yg lain lain tetap kosong jugak..

Tapi bila aku klik untuk pergi ke bahagian lain macam Blog Manager atau Blogger Bio bahagian ni boleh pulak berfungsi dengan baik.. Jadi aku ambil keputusan untuk tanya melalui support melalui contact us tuh.. macam sebelum ni aku tanya pasal status glitterati aku yang hilang dulu.Harap-harap tak ada masalah apa..

3 comments:

salam...email kat nuffnang tanya apa masalah...

@azharr thanks azharr.. akan ku emailkan masalah aku nih..

my analysis was also missing for 2 days.

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template