Rabu, 16 Februari 2011

Entry basi mengenai Hari V

Dasat sungguh penangan hari V ni macam-macam kesah yang timbul.. ada yang cedera parah kerana menyambut hari V pun ada.. dalam TV kecoh sana sini pihak berkuasa membuat serbuan mencegah maksiat dipaparkan.. banyak jugak yang diberkas berdua-duaan di hotel hotel murah, di dalam kereta malah ada jugak pasangan polis yang ditahan berdua-duaan.. yang pelik pasangan berlainan agama pun ada?! si lelaki beragama lain dan si perempuan beragama islam.. pelik ah sekarang ni..
Ada yang sanggup mengantung kadboard di badan untuk mencari pasangan semata-mata tidak mahu bersendirian pada hari tersebut, kire memang terdesak sangat la nih sampai sanggup cari kekasih ekspress..


tapi itu bukan isunya disini.. apa yang aku nak tanya korang ni lebih dari isu
orang terdesak ni.. hal ini melibatkan hal agama kita malah hal agama rasmi negara kita.
walaupun ianya agama rasmi negara kita tapi tetap boleh dipertikaikan oleh sesetengah
pihak..

yang terbaru ni kes sempena hari V sedunia.. pada yang pernah menonton tv? mesti anda
tahu halnya.. pada hari sebelum hari V ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada menyentuh mengenai hari V ini yang mana beliau menyatakan menyambut hari V ada tradisi masyarakat kristian yang mana kita umat islam ditegah sama sekali untuk meraikanya.
Namun kenyataan ini telah disalah ertikan oleh sesetangah pihak tanpa memikirkan
maksud ustazah tersebut dengan lebih mendalam.Bagi aku bukan la niat ustazah tersebut
untuk menghina atau melebalkan sesetengah pihak yang menyambut hari V itu adalah orang yang keji atau hina tetapi beliau menyatakan hari tersebut adalah haram untuk UMAT ISLAM menyambutnya.
Kenyataan ini sudah terang lagi bersuluh ditujukan khas kepada umat islam.Jadi
tak perlu la pihak lain terasa dengan kenyataan tersebut.Ditekankan disini ustazah menyebut tradisi masyarakat kristian bukanya agama kristian.

Dengan hal ini telah mengakibatkan sesetangah pihak yang telah menyalah ertikan
kenyataan tersebut bertegas untuk memastikan ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood memohon maaf secara terbuka atas alasan menyingung sensitiviti pihak lain? terus terang aku nyatakan disini aku tak pasti celah mana dia menyingung perasan pihak lain tatkala dia menujukan kenyataan beliau kepada melayu islam??Apakah salah kenyataan ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood menyatakan sambutan hari V adalah tradisi orang kristian yang telah diamalkan sejak kurun zaman lamanya?

Nah.. sekarang aku nak tengok sapa yang nak jadi hero? sapakah yang berani
mempertahankan ustazah ni tadi? tak ada sapa? kenapa tak ada seorang pun yang ingin
mempertahankan ustazah ini tadi.?Walaupun ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood langsung tidak menghina/memperkecilkan/mengkeji mana-mana agama lain?. Ini Agama islam yang
kita pegang dan amalkan... adakah kita menganggu hari V yang mereka sambut? adakah kita melarang mereka untuk meraikan hari tersebut? Apa yang ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood lakukan adalah menyelamatkan akidah umat islam.. menyelamatkan umat islam dari terpesong.. jauh sekali menganggu orang lain..jadi tindakan ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood itu memang wajar.. malah jauh sekali ustazah ini menghina pihak lain.. tapi kenapa pihak lain cuba masuk campur dalam hal agama islam kita?

Pastikan diri kita paham apa itu agama apa itu tradisi dan hari V ada sesuatu tradisi
untuk sesetengah pihak dan bukan sejenis agama untuk sesuatu pihak.Jadi ustazah bahiyah
menghalang umat islam menyambut hari V.Sudah terang lagi jelas ustazah tersebut menegur
atau memberi nasihat untuk penganut agama islam jadi disini perlu ke agama lain masuk
campur atas urusan agama kita??

0 comments:

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template