Khamis, 10 Februari 2011

Google cabar penggodam ceroboh Chrome



CALIFORNIA 8 Feb. - Google yang sangat yakin dengan pelayar Chrome rekaannya tidak mampu digodam berjanji memberikan hadiah sebanyak AS$20,000 (RM60,709) dan sebuah komputer riba kepada individu pertama yang berjaya membuktikan bahawa andaian itu salah.

Syarikat itu mengemukakan cabaran tersebut menjelang pertandingan menggodam Pwn2Own tahunan kelima yang bakal berlangsung bulan depan.

Hadiah itu adalah yang terbesar ditawarkan setakat ini dalam cabaran yang diadakan pada persidangan keselamatan CanSecWest di Vancouver, British Columbia pada 9 Mac ini.

Menggunakan mesin untuk operasi Windows 7 atau Mac OS X, penyelidik akan cuba menggodam Google Chrome serta Internet Explorer yang dibangunkan Microsoft, Mozilla Firefox dan pelayar Safari ciptaan Apple.

Microsoft, Mozilla dan Apple masing-masing menawarkan sebanyak AS$15,000 (RM45,532) kepada individu pertama yang boleh menggodam sistem keselamatan pelayar mereka, tambahan sebanyak AS$5,000 (RM15,177) yang diberikan kepada penggodam yang berjaya pada pertandingan tahun lalu.

Google, bagaimanapun telah menggandakan jumlah hadiah dengan menawarkan sebanyak AS$20,000 (RM60,709), satu tanda keyakinan eksekutif kanan bagi syarikat yang berpangkalan di California itu.

"Kami menaikkan jumlah taruhan kali ini dan jumlah keseluruhan wang tunai yang diperuntukkan untuk hadiah-hadiah telah meningkat kepada AS$125,000 (RM379,387)," kata Aaron Portnoy daripada HP TippingPoint, penaja pertandingan Pwn2Own.

Dalam cabaran untuk merebut hadiah wang tunai beserta komputer riba Chrome CR-48, penggodam perlu mencari dan mengeksploitasi bahagian kod yang mudah terdedah kepada bahaya pada hari pertama pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu, lapor ComputerWorld.com.

Hari kedua dan ketiga pula, penggodam boleh menggunakan pepijat dari luar Chrome untuk cuba menyusup masuk ke dalam sistem keselamatannya.

Penyelidik pertama yang berjaya akan menerima AS$20,000 (RM60,709), tetapi separuh daripada hadiah wang tunai itu akan dibayar oleh penaja TippingPoint. - AGENSI

2 comments:

@Kumbang Jingga try bro jangan ak tary mana tau ada rezeki kot dapat AS$125,000..

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template