Alhamdulillah.. rezeki datang dari Allah..
Ada orang ke baca blog aku nih?Ke aku yang syok sendiri?kalau tak ada baca pun takpe la tapi kalau ada seronok jugak rasanya apa yang aku tulis dan merepek ni ada orang yang minat nak membacanyer... minat ke?
Kalau la ada orang baca blog aku ni mesti korang ingat entry aku pasal aku tolong member aku yang datang dari melaka ke sini tuh.Kalau tak baca korang leh cari kat sini
Nak dijadikan cerita sesudah member aku ni dapat office di sekitar damansara yang dulu dia tak nak sangat kat situ tapi dengan keganasan aku mendesak akhirnya dia setuju dan dia pun dengan sangat murah hatinya nak bagi job kat aku.
Ni la dikatakan rezeki datang bergolek.Memang member aku ni ikhlas beri job ni kat aku atas keperihatinan dan ke ikhlasan aku menolong dia 2-3 hari untuk mencari office baru dia.Itu kata dia la bukan aku kata.Jadi kat sini kita boleh nampak kalau kita bantu seseorang tu dengan hati yang ikhlas tanpa ada niat untuk mendapatkan habuan lain insyallah Allah dengan cara Dia sendiri akan membalas pertolongan kita tu tadi tanpa kita sedari atau tidak.
Dia cakap nak bagi 2 job kat aku satu dia suruh aku cat opis baru dia tuh.. keluasan tak luas mana cuma 1400 sqfit dengan siap partition lagi.. satu lagi dia nak suruh aku cuci tile kat office dia tu.. pada mulanya dia nak letak karpet tapi oleh kerana office dah siap letak tile jadi aku cadangkan kat dia jangan le membazir tile yang sedia ada sebab tile tu kalau dipolish boleh naik lagi seri atau kilat dia.
Memang la kerjanya tak banyak mana tapi bagi aku satu job tu pun dah lepas nak bagi kat bini aku buat duit dapur utk bulan depan jadi aku tak ada la pening sangat bulan depan.Alhamdulillah..
0 comments:
Catat Ulasan