Assalamualaikum kepada semua para pembaca yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni.Rasanya lama jugak aku tak update blog usang aku ni.. ala apadehal bukan ada orang perasan pun aku update ke idak ntah-ntah tak ada yang baca pun blog aku ni... aiseyy tetiba pulak emo datang ni apa hal??!!
OK hari ni hari jumaat (walaupun saat menulis ni dah nak masuk hari sabtu). Macam biasa dikawasan perumahan aku akan ada pasar malam pada hari ni.. dan pada hari ni la selang sebatang dua jalan rumah aku akan jadi sesak dengan orang ramai yang nak berbelanja untuk keperluan rumah mahupun keperluan perut masing-masing. Jadi aku ni dalam ketegori keperluan perut la, sebabnya bila aku masuk pasar malam memang aku akan cari bahan makanan untuk aku makan kat rumah waktu malam... macam-macam yang dijualkan dipasar malam ni korang pun tahukan macam mana ruper pasar malam ni jadi tak payah la aku ceriter detail pasal keadaan pasar malam ni.
Cuma aku nak cakap sejak ada orang rumah ni aku jadi lebih "bijak" memilih masa untuk ke pasar malam ni.Ye la kalau dulu dah pukul 8-9 baru masuk pasar malam aku terpaksa berhimpit, berlaga bahu, berasak-asak dengan orang ramai untuk berjalan ke pasar malam ni untuk hanya membeli yong tau foo tapi sekarang tidak lagi setelah diberikan "tips" oleh orang rumah aku.Korang tengok.. pompuan ni sampaikan nak masuk pasar malam pun ada waktu-waktu n cara-caranya.. tu belum lagi suruh dia pilih kedai nak beli baju.. memang kene masuk 10 kedai baru dapat satu baju la kan..
OK.. ok.. bukan itu aku nak cerite sebetulnyer.. apa yang aku nak cerite time aku masuk pasar malam hari ni aku ternampak satu barisan yang boleh dikatakan panjang jugak dekat satu gerai ni.Memula pandang memang la aku heran tapi bile aku hampiri gerai tersebut memang aku tak nafikan makanan yang dijual digerai ni memang sedap sampai mejilat jari.Kalau beli satu memang tak cukup kene beli 2 bungkus baru cukup untuk satu family.Tapi itu orang lain la.. aku kureng sikit sebab bile makan 2-3 ketul dah muak pulak rasanya. Korang nak tau apa makan yang aku maksudkan tuh??
Haa... aku percaya sapa yang rajin masuk pasar malam mesti kenal dengan bungkusan ni kan.. apa?! tak nampak?!
Nampak?!! kenal?!! tak pasti jugak?? takper aku closeup lagi bagi jelas...
Nah!! habis dekat dah aku bagi gambar nih.. tak nampak gak tak tau nak kata apa la..
OK la bagi yang tak kenal sangat ayam ni nama dia Ayam Goreng Uncle Bob atau Uncle Bob Fried Chicken.Kalau korang rajin masuk pasar malam memang akan jumpa la ayam goreng ni.Apa?! korang tak pernah masuk pasar malam?! yang tak pernah masuk pasar malam tu tak payah duduk Malaysia la.. pi duduk tempat lain.
Tiba-tiba pulak nak tergelak kat diri sendiri sekarang ni... ye la orang lain, blog lain semua kalau time review bab makan ni mesti review stik yang mahal-mahal makan yang rege puluh-puluh ringgit satu pinggan.. review makanan yang nampak pelik tapi sedap, yang ada kat shopping complex.. tempat ada aircond ada wifi tapi yang aku ni review makanan yang dijual kat pasar malam!! rege pulak RM5.50 sebungkus.. bungkus pulak tuh... lantak la apa orang nak cakap dah ini je yang aku mampu beli.
OK kalau korang nak tahu bende ni korang pun boleh jual sebenarnya sebab bende ni adalah perniagan franchise jadi sapa yang ada modal boleh la cuba-cuba start bisnes bende ni.. kalau tempat korang tak ada jual bende ni kire beruntung la korang orang yang pertama jual makanan ni.. lagi pun ayam sapa tak suka makan tak gitu.
Bile di google bende ni asalnya dari Taiwan dan telah di bawak masuk oleh orang yang bernama Pakcik Bob itu pasal yang nama dia pun Uncle Bob.
Yang sebetulnya aku pun tak pasti sapa yang bawak masuk malaysia tapi kalau korang nak tahu details pasal Uncle Bon fried chicken ni boleh la pergi ke www.unclebob.com.my jadi kat situ semua details pasal ayam ni ada.Sapa yang nak berniaga ayam goreng memang digalakkan pergi ke website tersebut mana tahu rezeki korang bermula disana.
7 comments:
waaahhh!! sya suka makan ayam goreng. tpi dah lama dah tak makan yg uncle bob puya, setakat hidu bau je.. hehehe
Labuan oh Labuan Part 2
tak penah makan uncle bob punya... nanti aku akan cuba masuk pasar malam dan cari utk cuba... jarang masuk pasar mlm.
pernah nampak kat PM ni
sedap tak? ni francais uncle bob ni kan
@WanFadhilah Sapa yang tak suka makan ayam goreng kan... :)
@Jo Qusary Jo kene cari ayam goreng ni.. kalau cuba pasti nak lagi
@dilaOHdila Tak pernah try ke? lain kali kalau jumpa beli lepas tu komen kat sini sedap ke idak :)
Uncle Bob Ipoh
COMING SOON ON FEBRUARY!!! Our stall is located at Ipoh Garden, Opposite Nasmir Restaurant, Behind Tesco Ipoh Garden.
Special Opening Promotion:
BUY 1 FREE 1
* Buy 1 Uncle Bob Fried Chicken FREE Potato Fries* (subject to change)
FB : Unclebob Ipoh
Tel : 014-3958360
Catat Ulasan