Assalamualaikum dan salam 1 malaysia semua.
Hari ni aku di informkan oleh orang rumah aku yang ada satu info mengatakan yang Malaysia mengalami gangguan semasa penggunaan internet.Ini disebabkan oleh malapetaka yang sedang dihadapi ketika ini di Jepun.
Aku pun try la cari-cari info ni.. ye la aku takkan percaya selagi ada bukti kukuh sebab benda-bende macam ni orang boleh cakap tapi kebenaranya belum tentu lagi serupa macam berita yang mengatakan Hujan Acid bakal melanda Malaysia akibat letukan dikilang nuklear di Jepun tapi yang sebenarnya perkara itu disangkal sama sekali.
Setelah puas aku mencari akhirnya dapat la aku cukup bukti yang kukuh yang mana berita ini disahkan sendiri oleh TMnet. Klik sini untuk info tersebut.
Apa yang dinyatakan oleh TMnet adalah beberapa kabel yang dikenal pasti punca penyebab masalah ini berlaku dimana kabel Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong mengalami gangguan akibat tsunami yang melanda Jepun ketika ini.
TMnet jugak memaklumkan proses-proses atau kerja-kerja baikpulih sedang dilakukan ketika ini dan perkara ini akan terus diumumkan oleh TMnet dari semasa ke semasa.Untuk maklumat korang kabel yang dimaksudkan berada di dasar laut.
10 comments:
apa tu kabel dasar laut? Baca sini Kabel dasar laut
Perghhh mcm2 skng ni....standby jela...
ptot la internet ni lmbab smcam aje..org skrg duk cbuk ckap sal fesbuk lmbab..
mmg ahh... connection slow..and ada org cuba ddos facebook juga tapi tidak dapat..LOL
internet perlahan sikit skarang.
tapi tidak mengapa, harus bersabar.
:D
loh. patutlah.
http://desperate-desire.blogspot.com/2011/03/ini-menunjukkan-internet-memang-tidak.html
yerlah... sama masa Eropah dilanda gempa dulu.. line kungkang... neh pon sama...nak upload gamba kt blogspot pon x kesampaian....
Patut le setiap hari asyik sakit hati dgn internet ni walaupun guna streamyx
Kenapa benda tak tersebar kat tv or paper? Buat hati panas jer. Thanx tuan tanah for the info.
sabar lah yer..ujian kecil dari Allah, berbanding mereka di jepun
Catat Ulasan