Selasa, 1 Mac 2011

Aku perlu berubah...

Assalamualaikum dan salam 1malaysia..

Semalam hari isnin macam biasa aku akan pergi ke chow kitt untuk beli barang basah bersama dengan orang rumah aku.. tapi sebelum tu kita orang singgah dulu ke Jalan Raja Laut untuk ke bangunan DBKL yang dekat dengan Dataran tuh..
Alhamdulillah minggu lepas aku dapat kerja untuk DBKL hasil dari kerja-kerja undi yang dijalankan setiap minggu.Kerja ni bagi aku boleh tahan jugak besarnya dengan skop kerja membaiki kreb,jalan serta longkang dekat jalan San Peng sana tuh.Semalam bila pergi DBKL ni ingat nak pergi sekali la ke tempat nak buat kerja tu tapi nak dijadikan cerita orang yang patut tunjukan aku kerja-kerja ni dak diculik awal lagi oleh kontraktor lain.Jadi kene la buat temujanji lain dengan dia.

Dari chow kitt aku bertolak ke TTDI pasal nak hantar baju staff-staff Honda untuk company MOFAZ nih.Sepanjang trip aku dari bangunan DBKL ke chow kit ke MOFAZ ni aku dah mula sedar sesuatu yang mana patut aku sedar awal lagi.

Aku KENE UBAH CARA DRIVE

Kalau dulu aku boleh cilok, kalau dulu boleh laju, kalau dulu boleh cucuk, kalau dulu boleh break mengejut, kalau dulu aku boleh bawak gila-gila tapi sejak semalam aku mula sedar aku dah tak boleh buat semua tuh.Aku kene lebih berhati-hati bila memandu.Aku kene tinggalkan perangai aku dulu bile memandu.

Aku mula tersedar bila masa anak aku yang umur 2 tahun baru nak belajar duduk kat seat belakang.Selama ni dia duduk depan dengan mak dia memang selalu la mak dia peluk jadi boleh kawal lagi dia ni.. tapi semalam ntah kenapa dia nak duduk kat belakang sorang-sorang.
Time tu pulak bila aku tengok ikut cermin pandang belakang aku tengok si kecik ni tersenguk-senguk menahan ngantuk.Bila disuruh baring tak nak pulak, sibuk nak tengok kereta kat luar tuh.. bila di biarkan lama sikit mula la tersenguk-senguk.
Jadi saat ni buat aku lebih berhati-hati.. takut sangat bila aku break dia tersembam kebawah atau masa aku cilok ataupun masa aku bawak laju.

Dari dulu memang jarang aku bawa kereta dengan kelajuan 60-80.. tapi semalam kereta aku memang tak lepas dari jumlah tuh... jadi terasa slow yang amat.. rasa dunia ni perlahan giler.. terasa kereta aku berat sangat-sangat.. jarang berlaku aku pandu di lane yang kedua.. tapi aku kene biasakan semua nih untuk keselamatan family aku.

Tapi ini tidak bermaksud aku perlu tukar kereta aku dari 2 pintu ke 4 pintu.. tidakkkk... tidak sama sekali..
Aku belum puas dengan kereta yang merangkap awek aku ni walaupun dah berkali-kali aku menerima kritikan hebat dari kebanyakkan orang yang mengenali aku.Lagi pun kereta ni aku dah habis bayar so buat apa aku nak tambah hutang aku.

0 comments:

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template