Assalamulaikum harap semua sihat-sihat belaka... yang tak berapa nak sihat tu pandai-pandai la makan ubat ye...
Hari ni entry berkaitan dengan pishing.. perkara pishing yang melibatkan Maybank2u ni aku ingat semua orang dah alert pasal ni tapi aku tak kire aku nak buat jugak entry mengenai benda ni sebab dalam pada ramai yang dah tau tapi para lanun Maybank2u ni masih lagi aktif buat kegiatan tak berguna lagi menjahanamkan orang ni.
Sapa yang tak pernah dengar atau tak biasa pasal benda-bende ni aku rasa memang senang je kene tipu dengan lanun-lanun yang tak berguna ni.Sedar sedar duit dalam akaun Maybank korang lesap! licin habis kene sapu.
Memang cukup mudah diaorang ni nak kebas duit orang.. dengan berbekalkan beberapa email yang dihantar kononyer dari Maybank2u lepas tu hanya duduk goyang kaki menunggu mangsa yang terjerat dengan perangkap mereka ni.Kesian pada yang terkena tu.. penat lelah bekerja alih-alih duit hilang tanpa dapat dikesan.
Memang kalau dah terkena dengan lanun-lanun ni agak susah atau boleh dikatakan tak akan dapat balik la duit tu semula sebab aku tak pernah dengar lagi kes-kes macam ni dapat diselesaikan.. kes orang terkena banyak la aku dengar dan baca..
Cara operasi amat mudah.. hanya emailkan kepada sesiapa dengan sedikit ayat yang skema contoh macam gambar yang aku sertakan ni..
Korang kene paham.. bukan macam ni je cara dia orang guna.Dorang akan cipta seribu satu macam cara untuk menyakinkan kita yang dorang ni memang betul-betul dari Maybank2u.
Kalau ditakdirkan korang dapat email macam ni nasihat aku jangan la sekali-kali korang klik apa jugak link ataupun korang ikut apa yang disuruh tu.Nyesal tak sudah di penghujungnyer.Sekali pandang memang menyakinkan tapi korang kene ingat yang pihak maybank takkan sekali-kali menghantar email kepada client dorang untuk berurusan.Paling tidak pun dorang akan call dan suruh datang ke bank.
Lanun-lanun bangsat ni tak akan berhenti menghantar email bila dorang dah start dapat email kita.. akan dihantar email bertalu-talu sampai kita naik rimas.
Apa yang aku perasan sejak dua tiga bulan ni Maybank dah mula perasan dengan kegiatan yang macam ni syabas Maybank walaupun agak lambat tindakan korang jadi pada sesiapa yang biasa berurusan online mengunakan Maybank2u pasti akan dapat peringatan dari pihak Maybank2u sendiri berkaitan dengan perkara ini sebaik sahaja korang login ke akaun maybank2u.Jadi memang sah-sah la yang pihak Maybank tak akan menghantar kita apa-apa email sekalipun jadi berhati-hati la...
4 comments:
macam2 cara orang nak kaya sekarang ni...dulu2 masa x de akaun maybank pun dapat banyak emel ca ni..nampak sangat TIPU...
Jenayah siber ni sama jugak cam blog lucah..
Semakin berleluasa..
Harap sangat pihak berkuasa pandang serius owh..
Entry Terbaru : Blog Lucah Semakin Digemari
@Warna Warni Kehidupan lanun-lanun ni main hantar je email tu.. dorang pun tak tau kita ada akaun ke tidak kat maybank..
@d_tieah blog lucah ni pun satu hal jugak.. merosakkan umat..
Catat Ulasan