Kalau korang ada tengok berita malam tadi mesti korang tahu pasal kes pengharaman botol susu yang mengandungi Bisphenol A(BPA) di Malaysia ni.Malah sebelum keluar berita malam tadi pun ada beberapa blogger sudah pun membuat entry mengenai kes pengharaman ni cuma bila terkeluar je berita ni di tv semalam makin ramai blogger yang buat entry mengenai kes ni.
Tengok saje la kat innit ataupun gengblogger memang berlambak-lambak orang ping entry pasal bende ni.Jadi aku pun nak la jugak tumpang sekaki pasal bende ni... tak salahkan.. bila time keluar berita kat tv time tu aku dengar tak dengar je pasal bende ni tapi hari ni oleh kerana terlalu ramai blogger yang buat entry pasal bende ni aku pun ambil peluang untuk membaca lebih lanjut walaupun kebanyakkan isi kandungnyer lebih kurang sama je.
Apa yang pasti bende ni amat la aku sokong tindakkan kerajaan memberi kesedaran kepada rakyat dan mengambil langkah menyekat pengedaran botol yang membahaya ini.Cuma aku tak rasa dengan sekali je keluar pasal isu ni akan memberi kesedaran kepada rakyat diMalaysia. Sebab apa aku cakap macam ni.. kita tengok je la kempen merokok... kempen yang berulang kali di tayangkan di kaca television pun masih belum memberi kesan sepenuhnya kepada rakyat (termasuk la aku) jadi adakah dengan hanya berbekalkan berita yang tak sampai 15minit semalam akan dapat menyedarkan seluruh rakyat Malaysia terhadap perkara ini?
Apa yang aku terasa amat pelik bin ajaib kenapa pengharaman botol yang mengandungi Bisphenol A(BPA) ini lambat berkuat kuasa? tahun 2012 baru diharamkan?kenapa tak dilakukan serta merta? dan adakah tindakkan pengharaman ini bermaksud kerajaan menyekat kemasukan botol-botol susu yang membahaya ini? tak ke rasa tindakkan kerajaan mengharamkan botol-botol ni terlalu lambat? 2012????adakah kempen penyedaran botol-botol ini akan hanya diadakan pada tahun 2012??
Siapa-siapa yang ada jawapan mengenai persoalan aku ni aku harap sangat tolong la bagi tahu aku.. sebab ini melibatkan anak-anak kita, generasi yang bakal memimpin negara kita.
0 comments:
Catat Ulasan