Khamis, 3 Mac 2011

Pengunaan perkataan "Salam"

Korang penah dapat tak email dari sesiapa yang di forwardkan kepada korang mengenai pengunaan perkataan "Salam". Walaupun aku tak pernah dapat tapi aku pernah baca pasal pengunaan ayat Salam ni.

Kalau dulu kita pernah kecoh pasal ayat A'kum yang pendekkan dari ayat Assalamualaikum dan sekarang kecoh pasal Salam pulak.Aku dulu selalu jugak pakai ayat a'kum ni dalam chatting,email lepas dah tau tukar pulak ke Salam dan sekarang dorang kata perkataan Salam ni tak boleh pakai pulak.

Aku pun tak berani nak cakap apa pasal perkara ni.. siapa la aku nak bercakap pasal ni tapi aku ada dapat satu link artikal yang berkaitan dengan perkara nih yang diulas.Aku rasa kalau korang nak tahu jawapannya korang masuk link tu dan nilai sendiri.

Thanks kepada Saichou

4 comments:

@shah kalau ikut artikel yang aku bagi u memang kata boleh..

tu la masalahnya bila suka melulu je..takde usul periksa main terus kasi hantam je..padahal takde masalah pun tentang perkataan 'salam' tu..

even kita just guna ringkasan cam "A'kum" or ape ape je la dalam penulisan samada email atau sms, asalkan penerima tu memahami dan tak mempertikaikan, ada masalah tak ? takde kan ?

cuma yg seeloknya bila diucapkan dengan mulut tu, baru la biar jelas..jangan pulak guna ringkasan..jumpa kawan, "salam"..apehal nak cakap ringkas camtu ye tak ?

so kena fahami bebetul la bebenda camni..kalo rasa ragu ragu tu, cuba cari sumber yang terbaik yg berlandaskan Quran dan Hadis..biar banyak sumber asalkan kita faham betul..

hehehe..dah macam berhujah la pulak komen aku ni..

bukan hilang pun jari tu kalau taip assalamualaikum.... kan...

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template