Jumaat, 4 Mac 2011

Siti Saleha Mohd Baharum

Kalau sapa yang biasa tengok drama bersiri Ustaz Amirul yang tengah hot sekarang di tv3 mesti kenal dengan awek yang aku review skang ni kan... aku minat dengan dia ni sebab muka dia sweet macam gula la kot.. sebab kalau nak minat bab lakonan aku pun jarang la tengok drama Ustaza Amirul tu.. kalau dulu dia berlakon dalam drama Nur Kasih pun sebagai pelakon tambahan je jadi kurang menonjol.

Aku mula perasan dengan minah ni start iklan syampu rambut lagi.. memula aku tengok agak terkejut memula sebab awek ni dengan bertudung boleh bantai rembat bola dengan stylonyer.. (lipat gunting lagi) lepas tu ada la perasan beberapa iklan lagi yang minah ni berlakon.
Terbaru drama yang aku perasan dia ni berlakon dalam drama Sudu dan Garfu.Pada aku drama ni lain sikit dari drama yang dia berlakon sebelum-sebelum ni.Kalau dalam Nur Kasih pun dia berlakon ala-ala sopan gitu tapi dalam drama Sudu Dan Garfu watak yang dipegang agak gediks dan brutal sikit membuatkan aku tak dengar bila bini panggil makan malam.

Dok panggil awek.. awek... ok kat sini aku letak biodata pasal minah yg bernama Siti Saleha.. Ini pun aku dapat hasil aku tanya pakcik google sapa Siti Saleha ni.Rupanya ramai jugak blogger yang dah review Siti Saleha ni.

Nama : Siti Saleha Mohd Baharum

Panggilan : Siti Saleha atau Saleha

Tarikh Lahir: 14 Mac 1990

Umur: 20

Tinggi: 165 sentimeter

Berat: 50 kilogram

Drama: Kasut Tumit Tinggi (2008), Farah, Kapten Boleh (2008), 5 Jingga (2008), Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim 2.

Telemovie: Puaka Topeng Putih (2009), Hati Batu (2009), Raya Mona (2009), Kau Laksana Bulan (2009).

Teater: Stage Therapy (2009)

Iklan: Celcom, Wrigley’s DoubleMint (2008), Gillette (2008), Maggi (2008), Nestle (2007), Honey Soft (2006), Pantene (2005), F&N (2005) dan Nescafe (2009).


kita layan gambar pulak..






10 comments:

Dia pakai tudung lagi cantik, ayu..
Kan?????????????
Sama cam tiz zaqyah..



Entry Terbaru : Blog Lucah Semakin Digemari

dia ni adik penyanyi bunkface tu kan...

e'eh awak ni dah salah org ler, yang dalam iklan syampu rembat bola style lipat gunting tu adelah pelakon yg namanya Nur Fathia. yg belakon dlm nur kasih tu pon adelah Nur Fathia juge. bukan Siti Saleha ni. sape Nur Fathia, sile google yer. Sekian,

awak ni mesti confius dia ngan sharifah sofea ni

bila masa lak Siti Saleha ni brlakon iklan syampu n bantai rembat bola dengan stylonyer??? jgn konpius! sbb yg iklan sepak bola tu Nor Fathia yg berlakon drama Hani tuu... ini Siti Saleha...

ooppsss... mintak maaf atas kekeliruan..
pis no wo.. hehehehe

weh awek ni mmg kacukan..mak omputih,ayah melayu

saya terpegun pertama kali lihat wajahnya pakai tudung!!

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template