Ahad, 20 Februari 2011

Aku,mamat dan GPS....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Terasa lama pulak tak jenguk blog aku ni.. padahal baru sehari dua je tapi rasa macam dah sebulan dua pulak hehehe. Padahal bukan sibuk pun tapi buat-buat sibuk sehari dua nih.. sibuk tolong member carikan office di Kuala Lumpur ni.Yang sebetulnyer member ni datang dari Melaka aku pun tidak la lama sangat kenal dengan mamat ni tapi orang dah mintak tolong tak akan kita tak sudi nak tolong.. nak pulak aku ni kerje pun sekarang dah tak macam dulu jadi boleh la aku tolong apa yang mampu.

Kalau nak diikutkan proses mencari office ni sepatutnya dah settle awal dah.. cuma bila melibatkan mamat yang tak tepati janji ni bende ni jadi rumit.Mungkin bagi mamat tu bende ni kecil je bagi dia tapi disebabkan perkara yang bagi dia remeh temeh atau kecil ni dah menyusahkan orang lain dalam banyak segi.. masa,duit,penat,panas,hujan,minyak,jem.. benda-bende macam ni yang tak sepatutnya kita bazir terpaksa jugak kita "bazirkan".. nampak tak? nampak tak betapa bezanya kalau kita ni jenis orang suka mungkiri janji dan tepati janji.

Lantak dia la...

Dek kerana mamat tu member aku ni "menjajau" la cari office lain.. dapat office kat damansara.. aku pulak memang jarang pergi area damansara nih jadi redah je la jalan.
Untuk sekian lamanya baru sekarang aku tau kelebihan dan kepentingan gadget yang bernama GPS nih.Bukan nyer aku kaget dengan bende ni tapi hari ni bende ni buat aku kagum sebab aku agak terkejut bila masa dia dapat tunjukkan aku jalan pintas sampaikan masuk ke kawasan perumahan orang disebabkan aku salah masuk simpang yang... tau tau dah sampai!? Selama ni aku ingat bende ni ada map jalan besar je.. rupanyer jalan yang belum siap pun ada dalam sistem dia...

Memang nak kene sambar satu bende nih... serik dah bermasam muka dengan orang rumah bile sesat kat tempat yang tak pernah pergi dan memang potong mood kalau jadi bile pergi bercuti :)

0 comments:

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template