Rabu, 7 Julai 2010

Bye Bye City Clean

Assalamualaikum kepada pembaca... (ada ke pembaca selain diri sendiri?)
lama jugak tak menulis dalam blog usang nih, bukan apa tak ada idea nak tulis apa pun sama jugak la sekarang ni bukan ada idea pun nak menulis dek kerana buhsan plus dok menunggu entry sampai ke target jari ni rasa macam nak menekan keyboard ni untuk hilangkan rasa boring n memenuhi masa yg amat banyak sekarang nih..

Masa terluang yg amat banyak??!! yup sekarang ni aku ada banyak masa boleh jugak di katakan terlebih masa. Sebabnyer aku dah tak berkerja! aku dah berhenti! huhuuhuu..
Kekadang tu sedih pun ada lega pun ada rasanyer lepas berenti kerje ni, sedih sebab terkenangkan bisnes yg aku duk buat duk bertahan selama 4 tahun akhirnyer aku terpaksa lepaskan pada org lain.Dari aku bujang sampai la aku dah ada anak dari seorang yang tak tau apa sampai la aku tau macam mana rasa berniaga semua nyer aku belajar dari bisnes aku tu, tapi apa aku nak buat lagi? aku perlu lepaskan bisnes ni kalau tak aku rasa aku tak kemana dengan bisnes nih, pi mai pi mai tang tu jugak..

Secara tak langsung aku ada lebih masa untuk aku berdagang dalam dunia internet ni, kalau orang tanyer aku ni FTT pun aku boleh la cakap iye sekarang nih hi hi hi hi.. tapi aku tak ada la sepoyo tuh belum tentu lagi aku boleh berjaya dan hidup terus dalam dunia daganggan mata wang nih.. tapi aku akan buat yg terbaik sehabis baik untuk aku mengecap impian aku satu ketika nanti..

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template