Sejak dua tiga bulan lepas lagi berita mengenai filem terbaru dari Christoper Nolan iaitu The Dark Night Rises sudah mula secara perlahan-lahan tersebar melalui segenap penjuru didunia internet ni.
Kalau ada peminat-peminat fanatik tu tentu ada yang sudah cuba-cuba search pasal filem The Dark Night Rises ni untuk mencari sedikit sebanyak info ataupun synopsis cerita ni.Kita ada beberapa bulan lagi untuk menanti kemunculan filem hebat ni jadi rasanya besar kemungkinan kita akan disajikan dengan lebih banyak lagi video promoting untuk filem ini.
Sementara tu enjoy dengan video clip Filem The Dark Night Rises ni.
Masih ingat lagi cerita Total Recall ni? Kalau korang tak ingat atau memang tak tahu langsung cerita ni maknanya korang membesar bukan dalam kalangan zaman aku membesar.
Cerita lagend yang boleh aku katakan "best" la jugak berasal dari seorang pengarang bernama Phillip K. Dick berjudul "We can remember it for you wholesale" telah di filemkan pada tahun 1990 dengan berbekalkan pelakon-pelakon handalan pada masa itu dan hero cerita ni tak lain tak bukan Arnold Scwachzenneger.
Untuk tahun 2012 sudah tentu heronya telah ditukar disebabkan hero lama sibuk mentadbir barangkali jadi untuk kali ni heronya telah ditukar kepada Colin Farrell dan digandingkan awek puntianak moden iaitu Kate Beckinsale.
Dengan jalan cerita yang lebih mantap hasil dari Kurt Wimmer dan Mark Bomback Filem ini akan berada di seluruh pawagan pada 3 Ogos tahun ni.Sementara tu enjoy dulu video behind the scenes dan trailer.