Isnin, 31 Januari 2011

Melaka mula dilanda banjir


Utusan Online
31/01/2011 6:17pm


MELAKA 31 Jan. – Banjir di Melaka meragut mangsa pertama hari ini di Jasin sementara 2,714 mengsa dipindahkan di 26 pusat pemindahan di ketiga-tiga daerah di Melaka sehingga empat petang ini.


Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 616 keluarga di daerah Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.


Seramai 1,275 mangsa dari 330 keluarga dipindahkan di Jasin di 15 pusat pemindahanan, 1,390 mangsa dari 278 keluarga di Alor Gajah di 10 pusat pemindahan dan 49 mangsa dari lapan keluarga di Melaka Tengah di satu pusat pemindahan.


Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata, mangsa yang ditemui lemas ialah Yusry Mohd Yusof, 40, seorang pengawal keselamatan di Loji Air, Kg Chinchin, di Jasin.


"Mangsa dilaporkan terjatuh ke kolam itu pada pukul 10 pagi ini dan polis dengan bantuan orang ramai, pasukan bomba dan penyelamat menemui mayat mangsa pada kira-kira 1.30 tengahari,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Menurutnya mangsa tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya.


Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Asahan, Selandar, Batang Melaka, Tehel, Melaka Pindah dan Lipat Kajang.


"Mangsa mula dipindahkan ke pusat pemindahan sejak petang semalam dan malam tadi,” katanya.


Menurut beliau air di kawasan terbabit naik antara 0.2 meter hingga 0.4 meter ekoran hujan renyai dan kadang kala lebat yang turun di negeri ini sejak dua hari lepas.


Beliau berkata kerajaan negeri telah membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam di Kota Cemerlang, Air Keroh di sini dan boleh menghubunginya di talian 06-2333333.

Terkejut jumpa belut dalam tandas.



Pada suatu hari ada sorang lelaki berlegar legar disebuah pekan. Dia berjalan dari sebuah kedai kesebuah kedai yang lain. Rupanya tujuan dia ialah mencari kedai jam, kerana jam tangan dia sudah pun rosak. Cari punya cari, akhirnya jumpa sebuah kedai jam. Maka bermula lah dailog;

Lelaki: "Apek, boleh repair saya punya jam?"

Apek: "Boleh, boleh"

Lelaki: "Tapi apek, saya mahu cepat pasal sudah dekat raya ni, hari ni boleh siap ke pek?"

Apek: "Mana boleh, esok angkat la"

Lelaki: "Tak boleh la pek, rumah saya jauh, mau datang sini pun banyak susah, tapi kalau apek boleh bagi cepat saya bayar upah double"

Apek: "Oklah! Nanti setengah jam lu mari"

Lelaki itu pun beredar, maka si apek pun cepat cepat repair jam tu. Dia pun mula bawak jam tu ke meja tempat dia memperbaiki jam yang rosak. Lampu meja pun dinyalakan. Screw driver yang kecil-kecil memang dah tersedia disitu. Apek pun tarik bangku nak duduk. Kanta pembesar yang bulat diambil dan diletakkan dimata, dikepit antara pipi dan kening, mata lagi satu ditutup, dengan kanta mata ni, screw jam yang kecik2 pun nampak besar gajah......tiba-tiba, apek terasa nak kecing. Dia pun berdiri dan terus lari kebilik air, pintu bilik air dibuka, penutup mangkuk tandas diangkat, zip seluar dibuka, tanpa membuang masa apek pun meneruskan hajatnya.. tiba tiba apek terkejut beruk lalu pengsan ditandas.
Dengan penolongan isterinya apek berjaya dihantar ke hospital dengan ambulans...

Selepas beberapa jam apek pun sedar. Doktor bertanya:

Doktor: "Macamana boleh pengsan apek"

Apek : " Masa saya dalam tandas, saya ada nampak itu "belut" ada tembak air pada saya, naga banyak besar"

''''Doktor: "Apek Apek, lain kali kalau mau kencing, itu kanta kat mata tanggalkan dulu"

Sabtu, 29 Januari 2011

Nuffnang oh nuffnang

Sedihnye hati ni..
Korang mesti taukan kenapa aku sedih sangat nih.. kalau yang tak paham tu sila la rujuk pada gambar diatas..
Yes.. status aku dalam akaun nuffnang hanya biasa siap ada dalam kurungan lagi tu bukan eksklusif. Dulu elok-elok ada status Glitterati sekarang dah turun pangkat jadi biasa pulak.. sebab apa jadi mcm nih? sebab aku sendiri tak baca apa rule yang pihak nuffnang tetapkan jadi memang aku akui memang silap aku, biasa la noob.

Bila dah jadi macam ni mula la kelam kabut cari apa silap aku dah buat.Selak punya selak, belek punya belek baru la aku tau apa silap aku sebetulnyer..


Screen shot dari nuffnang

Baru aku tau yang pihak nuffnang memang dah menetapkan selain dari iklan nuffnang atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian yang berasal dari asia akan mengakibatkan status Glitterai akan disingkirkan.

Kalau status Glitterati pun aku tak ada mcm mana nak dapat status eksklusif. Jadi apa yang aku boleh buat sekarang ialah cuba hubungi pihak nuffnang melalui contact us dan menghantar pemohonan status Glitterati dan mengemas kini survey balik.
Harap-harap dapat la balik status Glitterati.Pada pihak nuffnang harap dapat la pertimbangkan balik permohonan aku.

Khamis, 27 Januari 2011

JOM TIMBANG BERAT BLOG

Tiga empat kali jugak aku fikir sebelum nak publishkan entry yang satu nih. Ye la aku ni pun baru berapa hari je aktif berblogging ni dah nak kasi nasihat kat korang semua.Bukan niat aku nak singgung bukan niat aku nak kacau tapi niat aku just nak share je benda yang aku dapat dari hasil blogwalking aku sampai terjumpanyer blog akalemosi yang banyak tips dan tutorial yang berguna sesuai untuk blogger baru macam aku..

OK kembali ke topik entry nih..
korang tau tak yang kite boleh tau berapa berat blog kite sebenarnyer.. bende ni bagi aku penting untuk sesebuah blog. Bayangkan kalau blog korang terlalu berat dan masa untuk loading blog korang mengambil masa yang agak lama.Perkara ni akan terjadi kerana bukan semua orang menggunakan internet berkelajuan tinggi dan hal ini akan merumitkan sesetengah pembaca untuk membaca blog korang.Ini akan menyebabkan peratus visitor memasuki blog akan berkurangan.

Macam aku sendiri banyak kali dah alami perkara ni.Almaklum la aku pakai internet pun yang murah tak mampu nak bayar mahal-mahal RM70 sebulan pun dah mahal bagi aku.Kadang-kadang tu terjumpa blog yang berat ni sampai page dia nak siap loading pun makan masa.. dah siap loading pun bile aku nak scroll kebawah boleh pulak tersangkut-sangkut.

Jadi aku sertakan tool kat bawah ni untuk korang timbang blog korang.Kalau berat blog korang cecah atau melebihi 100KB kire dah berat sangat la tu..

JOM TIMBANG.
































Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)








Powered by iWEBTOOL


 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template