Isnin, 2 Januari 2012

mface penganti facebook?


mface.me

Semalam hari ahad, jadi memang hari paling best santai kat rumah. Dalam masa bersantai-santai tu aku pun layan la melodi and ada satu slot yang menarik perhatian aku.Bukan pasal Ayu Raudah nak bercerai mahupun si Iqa Mentor posing merembes tapi pasal AC Mizal ooppss Dato Ac Mizal punya cerita.

Yes sapa yang tengok melodi semalam memang tahu la apa aku nak cerite hari ni. Mface...
apa mface nih? melayu face? malaysia face? makan face atau MLM face??. Lepas je tahu pasal bende ni aku pun try la masuk website mface ni.

First impression dah kantoi.. Loading memang super duper slow dekat 20minit loading pun ada yang tak habis loading lagi. Aku tak tahu la kalau line aku yang masalah atau sebaliknya.Kata target nak capai 1 juta pengguna tapi bandwith ko ni mintak tolong sangat la kasi tinggi sikit ye and aku still boleh maafkan ko pakai JOOMLA phuufftt!

Pelancaran sikit punya grand aku tengok gempak tak ingat sampaikan 60 artis JV bende ni tapi aku tengok website dia macam tak siap pun ada. Sebab apa aku kata tak siap.. cuba korang tengok website tu and klik di ABOUT MFACE. Sumpah aku tak tahu baca bahasa apa yang ditulis.. bile tukar ke bahasa Malaysia alamak!!! kosong! yiellek!! adoi!! sama jugak la bile klik ke English sekali pun.. WTF!!!

Kata Ac Mizal punya oopss Dato Ac punya tapi kenapa bahasa lain yang di ketenggahkan?? Aku tengok video-video yang di upload pun semua jenih video yang aku tak paham bahasanya?! NI SAPA PUNYA SEBETULNYA NIH??!!

ps: dengar cerite website ni Tedy Teow punya. Sapa Tedy Teow? rajin-rajin google ye.

Ahad, 1 Januari 2012

70 ribu hadir Countdown bersama Ustaz Azhar Idrus

Alhamdulillah..
Baru kejap tadi kita semua sudah pun melangkah masuk ke tahun baru 2012. Mesti banyak kenangan pahit mahupun manis kita pada tahun lepas.

Alhamdulillah jugak kerna dengan izin Allah s.w.t satu majlis ceramah bersama ustaz popular tika ini tak lain tak bukan Ustaz Azhar Idrus berjalan dengan lancar disamping beberapa artis jemputan seperti Zizan rajalawak, Shahir AF, Sham kamikaze, Akhil hayy, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Bagi aku ini satu pembaharuan yang cuba diterap oleh kerajaan Selangor dan satu pembaharuan yang cukup positif.Moga Majlis-majlis seperti ini dapat diterus dan di kekalkan dari masa ke semasa..





Jumaat, 30 Disember 2011

Masjid Disco

Masjid jadi Disco La Meca

Bangunan yang menyerupai Masjid ni sebetulnya kalau silap pandang memang akan memeranjatkan muslim n muslimah. Mana tak kalau dah bentuk saling tak tumpah berbentuk rumah Allah ni pasti akan ada yang terperanjat beruk kalau diberitahu ianya sebuah Disco?!

Siap dengan kubahnya bangunan ini dah jadi disco sejak tahun 80-90an lagi tapi telah ditutup sedekad yang lalu.

Kini pada awal tahun 2010 Disco ni menjadi perhatian penduduk dunia setelah mula kembali beroperasi dengan nama asalnya La Meca telah mencetuskan kemarahan umat islam di negara Sepanyol . Dengan pemilik barunya yang merupakan bekas penjaga gol kelab bola terkemuka Real Madrid iaitu Santiago Canizares mula mendapat kencaman dari umat Islam dengan dakwaan menpersendakan agama Islam yang tercinta ini.

Ada maklumat yang memceritakan para Hackers telah menceroboh laman rasmi kelab tersebut dan mengugut pemilik kelab tersebut supaya menukar nama kelab tersebut selain La Meca. Perkara ini telah menarik perhatian agensi perisikan Sepanyol (National Intelligence Centre (CNI)) dan turut menuntut Santiago Canizares untuk mengubah nama kelab beliau.

Desakkan demi desakan yang diterima Santiago Canizares terutama dari Persekutuan tempatan Islam Wilayah Murcia dengan tindakkan saman ke atas beliau jugak dari station-station radio serta dari lama sosial facebook Santiago Canizares akhirnya membuat pengumuman media untuk bersetuju mengubah nama serta struktur-struktur bangunan yang melambangkan Agama Islam.

Alhamdulillah.. menunjukkan suara Islam masih kuat diluar sana. Amin.



Rabu, 28 Disember 2011

Darya Klishina gile hot

Darya Klishina.
Gile mancung hidung minah Russia ni. Kalau sekali pandang memang nampak macam model pro je Darya Klishina ni. Hakikatnya minah tak memilih bidang modeling sebagai makanan utama dia tapi bidang sukan yang menjadi pilihan.

Bermula dari usia belasan tahun dia dah aktif main sukan ni dan menjurus ke sukan bola tampar sebelum beralih ke olahraga sukan lompat jauh.Memang padan pun dengan kaki dia yang super panjang lagi putih melepak tuh.

Cite banyak tak guna kat bawah ni ada sikit aku letak gambar Darya Klishina.
Nak tahu lebih boleh pergi website rasmi dia DaryaKlishina.com







 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template