Jumaat, 30 Disember 2011

Masjid Disco

Masjid jadi Disco La Meca

Bangunan yang menyerupai Masjid ni sebetulnya kalau silap pandang memang akan memeranjatkan muslim n muslimah. Mana tak kalau dah bentuk saling tak tumpah berbentuk rumah Allah ni pasti akan ada yang terperanjat beruk kalau diberitahu ianya sebuah Disco?!

Siap dengan kubahnya bangunan ini dah jadi disco sejak tahun 80-90an lagi tapi telah ditutup sedekad yang lalu.

Kini pada awal tahun 2010 Disco ni menjadi perhatian penduduk dunia setelah mula kembali beroperasi dengan nama asalnya La Meca telah mencetuskan kemarahan umat islam di negara Sepanyol . Dengan pemilik barunya yang merupakan bekas penjaga gol kelab bola terkemuka Real Madrid iaitu Santiago Canizares mula mendapat kencaman dari umat Islam dengan dakwaan menpersendakan agama Islam yang tercinta ini.

Ada maklumat yang memceritakan para Hackers telah menceroboh laman rasmi kelab tersebut dan mengugut pemilik kelab tersebut supaya menukar nama kelab tersebut selain La Meca. Perkara ini telah menarik perhatian agensi perisikan Sepanyol (National Intelligence Centre (CNI)) dan turut menuntut Santiago Canizares untuk mengubah nama kelab beliau.

Desakkan demi desakan yang diterima Santiago Canizares terutama dari Persekutuan tempatan Islam Wilayah Murcia dengan tindakkan saman ke atas beliau jugak dari station-station radio serta dari lama sosial facebook Santiago Canizares akhirnya membuat pengumuman media untuk bersetuju mengubah nama serta struktur-struktur bangunan yang melambangkan Agama Islam.

Alhamdulillah.. menunjukkan suara Islam masih kuat diluar sana. Amin.




0 comments:

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template