Selasa, 5 Julai 2011

Nur Fathia Gadis Manis

Assalamualaikum..

Aku pernah buat satu posting mengenai seorang artis ni yang mana aku dah terkeliru dan tersilap mengenai artis tersebut.Korang-korang yang pernah baca mungkin tahu tapi pada yang terlepas belum baca lagi korang boleh klik link ni Siti Saleha Mohd Baharum.

Aku nak ucapkan pada pembaca mahupun blogger lain yang sangat-sangat mengambil berat serta menyedarkan aku dari kesilapan mahupun kekeliruan aku.. amat-amat la aku hargai.
Jadi hari ni aku nak perbetulkan balik silap aku. Entah macam mana aku boleh silap dengan dua orang awek ni sorang Nur Fathia dan Siti Saleha Mohd Baharum.

Nur Fathia Gadis Manis
Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Tarikh lahir: 1 September 1987
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Cita-cita: Seniwati yang dihormati dan peguam
Pendidikan: Ijazah Sarjana Undang-Undang di UiTM, Selangor.
Drama dan telefilem: Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri, Bila Musang Berjanggut
Iklan komersial: Sunsilk, Nespray, Brylcream, Hotlink, Perodua, Panasonic


OK yang ini baru la betul awek yang rembat bola dalam iklan dan pelakon dari drama Nur Kasih tu..

Dan setelah aku search lebih kurang pasal dia ni baru la aku tahu yang dia ni rupernyer anak saudara kepada salah seorang pengacara TV9, Fara Deeba yang mana si Nur Fathia ni dah berkecimpung dalam dunia seni ni sejak umur 19 tahun lagi. Time tu dia lebih kepada iklan-iklan di tv. Kalau tak silap aku la masa dia di temuramah dalam rancangan Jangan Tidur Lagi dia ada cakap sedang dalam perancangan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Undang-undang (LLB) untuk 2 tahun..


Yang aku perasan dia ni selalu keluar dalam drama-drama mendapat watak gadis yang berhijab. Memang aku tak nafikan Nur Fathia ni memang bertambah manis kalau bertudung malah mana-mana awek pun dalam dunia akan bertambah manis jika bertudung. Terbaru kalau tak silap aku drama dibintangi Nur Fathia yang sedang ditayangkan sekarang ni ialah Stanza Cinta memegang watak sebagai Amni Sorfina dan berganding dengan hero yang tenggah meletop sekarang ni iaitu Aaron aziz. Sapa-sapa yang minat dua orang ni jangan lepaskan menonton rancangan Stanza Cinta di TV3 jam 9 malam setiap ahad

3 comments:

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template