Jumaat, 1 Julai 2011

Transformers 3 : Dark of the moon


Semalam dapat jugak aku peluang untuk menonton movie yang dah lama aku tunggu.. Transformers 3 : Dark of the moon

bawah ni sikit preview untuk korang..

Transformers 3


Transformers 3
Selepas aku tengok movie ni terus terang aku cakap ada sedikit perasaan kecewa dalam diri ni disebabkan jalan cerita yang kurang menyegat.Pada awalnya aku berharap character yang sedia ada seperti dalam kartun akan muncul dalam TF3 ni seperti Hot Rod, Ultra Magnus atau pun Galvatron tapi hampa tak ada satu pun ada muncul malah di munculkan watak watak baru yang langsung tak pernah muncul dalam siri kartun tersebut.


Transformers 3

Yup aku memang peminat kartun TF ni waktu kecik dulu dan memang biasa dengan watak-watak kartun TF ni.


Transformers 3

Filem ke-3 TRANSFORMERS ni berdurasi 2 jam 30 minit yang terdiri dari satu setengah jam pertama ,untuk membangun plot dengan selingan action, dan dalam satu jam terakhir...mula laa perang mahadahsyat di kota Chicago. Pada awal permulaan filem ni cuba memaparkan kembali peristiwa pendaratan apollo 13 ke bulan sebenarnya bertujuan untuk mengkaji sebuah kapal autobot yang terdampar dibulan.

Micheal Bay sendiri dalam kenyataan beliau bahawa untuk filem TRANSFORMERS 3 ini bukan jalan cerite yang cuba ditekan tetapi teknologi 3D tu sebenarnya yang ingin beliau buktikan.. malah spielberg sendiri tabik dengan Micheal Bay.. ye la sapa lagi nak puji kalau bukan kroni sendirikan.. hehehhe.. boleh baca lanjut kat sini mengenai tu http://www.nzherald.co.nz/entertainm...ectid=10735265





0 comments:

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template