Ahad, 8 November 2009

hari ni 8hb 11 2009

fuh!! giler lama tak masuk sini..
habis semua bersawang..
jap nak gi sapu sawang jap...

Jumaat, 11 September 2009


ShoutMix chat widget

Selasa, 1 September 2009

Admin


Saiful Abu Ahamad
Location : Selangor
Status : Bujang 3
D.O.B : 7 september
Employers : None

Sabtu, 15 Ogos 2009

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 15 Ogos 2009

Diberitahu sehingga 15 Ogos 2009 jam 9.00 pagi terdapat seramai 120 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 29 lagi dirawat di ICU. Daripada 29 kes yang sedang menerima di Unit Rawatan Rapi, di dapati 16 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Untuk makluman sebanyak 3 kematian telah dilaporkan. Semua kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes (1) dan valvular heart disease (1) dan asma (1). Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:-

  1. Seorang lelaki berumur 22 tahun, obes, dimasukkan ke hospital pada 9.8.09 kerana simptom infuenza. Swab tekak diambil dan rawatan antiviral telah dimulakan pada 10.08.09. Beliau meninggal pada 12.08.09 kerana Viral pneumonia. Disahkan positif Influenza A(H1N1) setelah meninggal dunia pada 12.08.09.

  2. Seorang lelaki berumur 29 tahun, mempunyai faktor risiko penyakit jantung (valvular heart disease) dimasukkan ke hospital pada 10.8.2009 kerana simptom influenza yang teruk selama 2 hari. Swab tekak diambil dan antiviral diberi pada 10.08.09. Meninggal dunia pada 12.08.09. Penyebab kematian adalah severe bronchopneumonia. Disahkan positif Influenza A(H1N1) pada 14.08.09

  3. Seorang wanita berumur 44 tahun dengan sejarah asma. Dimasukan ke hospital pada 08.08.09 kerana simptom influenza selama 5 hari. Diberi rawatan antiviral pada 09.08.09 dan disahkan didapati positif influenza A(H1N1) pada 10.08.09. Meninggal dunia pada 13.08.09 disebabkan oleh pneumonia.

Kementerian Kesihatan mendapati orang ramai yang mempunyai simptom influenza yang ringan masih mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, pergi melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta masih lagi menaiki kenderaan awam. Didapati juga mereka ini tidak memakai topeng muka dan kebanyakkan yang memakai topeng muka adalah mereka yang sihat. Amalan ini boleh meningkatkan penularan jangkitan virus influenza A(H1N1) melalui batuk atau bersin. Sepatutnya orang awam yang mempunyai simptom influenza yang ringan tidak melakukan amalan-amalan di atas. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai simptom influenza untuk berada di rumah sehingga tiada simptom dan sihat dan tidak mengunjungi tempat awam, tidak menggunakan pengangkutan awam, menangguhkan rancangan untuk melancong ataupun tidak ke tempat kerja atau sekolah.

Daripada pemantauan terhadap pertanyaan orang ramai melalui talian hotline dan e-mail, didapati persoalan masih berkisar kepada rawatan antiviral dan vaksin influenza A(H1N1). Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa ubat antiviral hanya untuk tujuan rawatan dan bukan pencegahan (profilaksis). Ubat antiviral ini boleh didapati di hospital atau klinik kerajaan secara percuma.

Rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

  1. Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.

  2. Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

  3. Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai perlu mengambil maklum bahawa vaksin khas untuk influenza A(H1N1) belum dihasilkan lagi. Vaksin yang ada di pasaran pada masa ini adalah vaksin untuk seasonal flu.

Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 15 Ogos 2009

di ceduk di

http://h1n1.moh.gov.my


Jumaat, 7 Ogos 2009

CUCI


Assalamualaikum...
arini aku nak citer sikit ler antara kerje harian yang aku dok buat selama nih.. carpet?karpet?.. hehheheh aku bukan nak jual karpet tapi ni pasal cuci karpet..
Gambar yg aku post kan dah dua tiga hari dah aku ambik.. tapi tak sempat nak letak dalam blog nih, malam nih baru ada sikit kesempatan sambil2 memorex nih.. untuk pengetahuan korang dobi aku memang ada bikin service cuci karpet..

Mesin cuci karpet yg aku ada nih jenis Nu speed

aku beli dari OGOSIN sdn bhd lebih kurang dalam RM 25++ ..Harap harap ler nak dekat musin raya nih ramai org hantar cuci karpet dekat aku dapat jugak aku kumpul duit buat raya nih..hehehe Kalau korang ada karpet yg nak di cuci tuh try la hantar dekat aku gerenti puas hati punyer :) ada 2 jenis kategori karpet ada yg tebal/keras dan ada yg nipis/lembut, harga cuci korang bleh tengok:


Harga cucian karpet

Jenis karpet yg tebal/keras RM0.90 kaki persegi
Jenis karpet yg nipis/lembut Rm0.70 kaki persegi

contohnyer mcm ukuran karpet 6'x9'= 54 kaki persegi x RM0.90 = RM48.6

harap ada kedai yg berdekatan dengan korang semua.

HQ:
City Clean
13, Jalan Kosas1/2,
Taman Kosas,
68000 Ampang Tel:019 2285 942

Branch:

City Clean
15, Jalan SM 4
Sunway Batu Caves
68100 Batu caves Tel:017 2743 658

Branch:

City Clean

139,Jalan Aminuddin Baki
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur Tel:019 2285 942

Khamis, 6 Ogos 2009

fuh!! berpeluh jugak nak tukar sana tukar sini.. akhirnyer berjaya jugak.. banyak lagi nak selengara nih ekekeke


Khamis, 30 Julai 2009

POLISH KERETA..



Polish Kereta...
hari ni rezeki aku murah ada member yg datang nak polish kereta kat carwash aku..satu hari suntuk jugak aku mengkerjakan nyer,sbb ada satu calar yg aku rasa org buat pakai kunci dah di tarik dari depan sampai la belakang kereta tuh
Aku tak teringat plak nak ambik gambar kete yg aku polish tuh.. maklum la aku ni bukan jenis yg suka ambik gambar2 nih,gambar yg ada kat sini pun baru aku cari kat google tadi,saja nak bagi menarik sikit


Pasal polish kereta nih mcm2 org yg aku jumpa.. ada yg datang jumpa aku kata harga aku mahal sangat katanyer "Napa mahal sangat?kat sana baru RM50." time org cakap mcm nak jer aku balas dah tau sana murah napa tak buat kat sana?tapi mungkin mak bapak aku tak pernah ajar aku mcm tuh jadi apa yg boleh aku buat hanya lah senyum..



Aku nasihatkan kat korang kalau pasal polish kete nih korang jgn la berkire sangat.. kalau setakat polish satu kereta RM50 or RM80 kat india punya carwash kat tepi2 jalan tuh aku rasa baik korang bagi jer duit tu terus kat diaorang sbb aku berani jamin kereta korang mcm tak polish,aku dah dgr mcm2 org merungut pasal polish ni semua nyer org yg datang polish ke kedai aku..korang kene ingat polish menggunakan tangan berbeza dengan menggunakan mesin polish


Lepas tuh korang cari la masa yg sesuai utk kereta korang di polish kan.. jgn la masa time lunch hour korang hantar kereta pastu dalam pukul 1 ke 2 korang nak ambik mampus la org yg polish kereta korang tuh.. nak cepat boleh tapi bile ada cacat cela korang jugak yg marah so.. bagi la masa yg sesuai utk org polish kereta korang nih, mcm aku mmg dah bagi tau awal2 yg aku akan ambik masa 3 or 4 jam utk satu kereta aku polish.Read More...

Selasa, 28 Julai 2009

TAYAR DAN BUNGA



Kalau korang perasan apa jenis tayar yg dalam gambar tuh??
hehhehehe.. aku tak penah tau plak yg nokia ada jual tayar, setau aku dorang jual handphone jer...tapi bukan bende tuh yg aku nak citer kat sini,citer nih jadi dua tiga hari lepas tapi aku nak tulis jugak sbb aku rasa bende nih mmg patut korang tau pasal tayar.. aku sendiri ingat yg semua org tau pasal nih tapi bende ni terjadi pada member aku.. laki! kalau pompuan mungkin la jugak kan? tapi ni laki...

member aku nih datang jumpa aku dia citer yg dia ada tukar tayar baru murah betul jenama goodyear harga 200 utk 4 biji tayar..aku pun tgk la tayar tuh n nampak semacam jer.. belek punyer belek sah tayar korek..member aku ni sendiri tak tau yg dia beli tayar korek, mati2 dia ingat dia beli tayar baru..




untuk pengetahuan korang tayar korek ni tayar yg penah di gunakan sebelum ni, tayar second la.. kemungkinan tayar ni dah kehabisan bunganyer or dah botak kata org tapi si penjual nih dah korek balik tayar tuh utk nampak mcm baru kiter kene perhatikan betul2 bunga pada tayar tuh..

ada setengah kedai yg mmg bagi tau yg itu tayar korek dan ada plak yg tak bagi tau sbb keuntungan pada dorang jual tayar korek ni 100% punyer untung..
Bahayanyer memang bahaya pakai tayar mcm nih.. salah satu sebabnyer kereta boleh berpusing sekirenyer kiter langgar lopak air yg besar atau pun kerete boleh membuang atau terbabas ketika selekoh...
banyak lagi kalau nak citer pasal tayar nih tapi aku yg kehabisan idea nak menulis so.. kiter sambung lein kali la yer...

Sabtu, 25 Julai 2009

BENDE BARU

malam nih tido lambat sikit ler.. sebab dok mencari idea n cara utk menarik kan lagi blog nih, dah jadi minat baru plak bagi aku bende nih, kekadang tu tgk blog org lein naik jeles aku jadinyer..

"lawanyer blog nih!"
"eh mcm mana dia letak bende nih?"
"mmm.. mcm mana dia buat nih??"

bende ni la selalu aku cakap biler masuk blog org lein..
makin lama aku cari makin banyak plak input2 baru yg aku dapat dan makin lagi menarik minat aku, sedar2 jer dah pagi patut ler mata nih rasa kelat jer
banyak lagi bende yg perlu aku belajar dan banyak bende yg aku tak pandai pasal blog nih ada yg aku dah try apply tapi tak menjadi naik tension jadi nyer nak tanyer sapa pun tak tau.. jadi jawapan nyer kiter tido dulu...

Jumaat, 24 Julai 2009

KENE ROMPAK!!!

Bende ni aku pun baru jer tau nih n aku rasa patut jugak di sebar kan pada semua mana la tau kot2 terkene ker..
Sekirenyer la korang tengah syok2 cucuk duit kat mesin ATM tetiba org datang dari belakang nak rompak kiter n suruh kiter kuar kan duit dalam acc guna ATM tu.. ada cara nyer kiter boleh mintak bantuan secara senyap tanpa pengetahuan si perompak tuh..
cara nyer dengan memasukan no pin kiter tuh secara terbalik.. contoh nyer kalau no pin kiter 123456 kiter masuk kan 654321. Mesin ATM tersebut akan mengenal pasti no yg kiter masukan adalah no terbalik daripada no yg sebenarnyer melalui kad yg kiter masuk kan dalam ATM tu. Mesin ATM akan tetap keluar kan duit tapi yg kiter tak tau pihak bank akan segera menghantar pasukan polis terus kepada korang.
Bende nih penah keluar kat dalam tv tapi tak ramai yg tau..

Khamis, 23 Julai 2009

Alkisah



salam...
semalam seperti biasa dalam dua minggu sekali akan ada kerja undi utk mendapat kan kerja2 kontrak dgn kerajaan dan semalam tiba giliran jkr utk membuat kerja undi. Ini ler rutin aku sejak sekian lama dan dah lama sangat aku tak dapat kerja undi.. kalau nak di ikut kan hati ni nak jer aku berenti dari buat ni semua tapi biler di pikir kan balik kenapa aku kene berenti? selama ni dgn kerja macam ni la org tua aku membesarkan aku memang aku tak nafi kan kalau sekali dapat kerja memang masyuk.. tapii.. ntah la..

Aku bukan apa, yg membuat aku malas nyer sbb aku mcm tak yakin akan dapat kerje kontrak tuh.. mana tak nyer kekadang tuh kerja yg di tawarkan tuh ada dalam 10 ker 20 kerja jer.. tapi kontraktor yg datang korang nak tau berapa? 400 ke 500 ratus org..semalam yg datang 600 lebih jadi aku rasa mcm sangat mustahil nak dapat.. tapi sapa la aku nak menentu kan rezeki aku sendiri, kalau Allah dah tentu kan aku dapat, dapat la aku kerja kalau tak dapat belum ada rezeki org kata..

Satu lagi sebab aku malas dalam faktor masa... banyak masa aku terbuang kat situ.. mcm2 kerja aku leh buat, korang bayang kan la.. mcm semalam aku keluar rumah dalam pukul 9 pagi sampai sana dalam 9.30 pagi.. dah siap daftar siap sarapan kerja undi tu belum lagi mula.. korang nak tau pukul berapa dorang start? pukul 11.30.. kenapa start pukul 11.30? kan dah banyak masa terbuang? kalau aku dalam 2 jam menunggu, kalau yg sampai situ lebih awal tak ker lebam menunggu? yg kontraktor lein pun pukul 10 ke 11 baru la terhegeh hegeh nak daftar ni la membuat pekara ni jadi lambat..

Tapi kenapa JKR tak tetap kan masa mendaftar? katakan pukul 9 atau 9.30 pendaftaran ditutup rasa-rasanyer dorang nih akan datang lambat tak? jadi bende ni akan berjalan dgn cepat masa pun tak terbuang.. tapi aku rasa bende nih semua berbalik pada org JKR sendiri.. ini yg aku pikir la.. aku pikir org JKR ni sendiri yg datang lambat.. sebabnyer kalau org tertentu dalam JKR masih tak datang kerja-kerja undi ni tak boleh di jalankan lagi.. tapi belum tentu lagi apa aku pikir nih betul.. ntah la

Rabu, 22 Julai 2009

Tinggalkan link blog korang disini

Okey disini aku sediakan ruang khas untuk para pelawat dan rakan rakan semua untuk meninggalkan link ke blog masing-masing..
Mempermudahkan aku dan rakan yang lain untuk ke blog korang..


Ahad, 19 Julai 2009

salam...
nak di jadikan ceriter lepas jer aku create blog aku nih besok nyer kerje offline aku menimbun-nimbun.. mcm aku tak kasi aku memorex jer..
dengan laptop kene format balik.. ni pun aku kat cc nih..(benci betul aku CC nih)apa la nasib nih.. tapi nak buat mcm mana pekara lain lebih memerlukan aku, lagi pun memorex nih aku buat cara partime jer buat masa sekarang nih jadi aku pikir baik aku utama kan mana yg utama buat masa sekarang nih betul tak..

Jumaat, 3 Julai 2009

Assalamualaikum....

First time buat blog nih.. aku main bubuh jer apa yg patut..
hehehe....

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template