Rabu, 19 Januari 2011

Kenapa perlu ada "DOWH"!!

Satu ari 2 sahabat bertemu d tengah jalan..

"Ei ko nak gi mana dowh?"

"Jalan le derr.."

"Nak gi mana dowh?"

"Jalan2 la derr.."

"Ala ckp la dowh!"

"Jalan2 cari makan derr.."

"ikut dowh"

"Jom der"


Aku pasti korang mesti biasa dengar ayat macam kat atas tu sebelum ni kan. Dan aku pasti antara korang mesti biasa pakai perkataan "doh" masa kecik-kecik dulukan.
Aku sendiri seingat aku selalu sangat ucap perkataan "doh" ni pada penghujung ayat aku mungkin disebabkan terikut ikut dengan kawan yang lain..

Aku pasti perkataan doh ni asalnyer dari perkataan bodoh bile dah selalu sangat guna ayat bodoh mula la nak singkatkan jadi doh. Tapi boleh ke kita tahu sapa dan dimana ayat ni mula digunakan? Tolong jangan cakap orang pantai timur yang mulakan sebab aku memang bukan asal orang sana dan mengikut pengalaman aku doh ni menurut orang sana sudoh di pendekkan jadi doh jugak.. hehehe..

Masa kecik-kecik dulu tak perasan tapi bile dah besar panjang ni mula la terpikir kenapa mesti guna ayat "doh" ni disebabkan telinga ni mula panas dengar ayat tuh. Adakah untuk membuktikan kekuatan ayat itu ataupun untuk membuktikan orang yang cakap tu lebih pandai dari orang lain?

Yang bertambah peliknyer aku perkataan doh ni tak pernah pupus ataupun di ketegorikan ketinggalan zaman walaupun dah wujud bertahun-tahun lamanyer malah telah di"upgrade" ejaanyer menjadi "dowh" dengan budak-budak zaman sekarang ni... hebat bukan..


13 comments:

yes.. sekarang dah boleh... terima kasih kepada Matdin

wuahh!!! dah boleh komen hehe..

jemput sini yer
blog Matdin

da jadi mcm pelengkap ayat plak perkataan tu.hehe.

perkataan DOWH..
da biasa kot
hehe

wei aku pon suka guna word ni gk doe..hahaha!

ada orang kata, 'dowh' tu melambangkan kemesraan dan kekamcingan gito.
tapi telinga aku pon panasa gak dengar 'dowh' kat setiap hujung ayat yang dilemparkan. adess..

itu la Eazy Izzudin aku dulu pun terikut ikut dengan guna perkataan tuh hehehe..

cik gadis kene tukar ayat la.. tak baik cakap orang doh.. hehehehe

hahaha!slalu nye org kL yg byk gne pktn dowh ni..
style la konon kn =P

@♥ eyka elisha ♥ betul betul.. orang keyyell hehehhe

aku pon benci ah bila ada pnyesak ayat kt belakang tue! haha....
ntah ape2 je

Catat Ulasan

 

Santai Online Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template